Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 1st pregnancy. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Pregnancy Journey: Baby first move

Assalamualaikum. Hai.

Bila dah masuk 2nd trimester and preggy 4 bulan ni, mesti orang akan tanya, "Dah rasa baby gerak-gerak tak?" Awal 16 weeks tu tak rasa pun. And tak tahu pun dia rasa macam mana. Haha. Kesian. Masuk je 17 weeks, dah rasa macam 'something' geli-geli kat perut. Haha. And aku rasa, baby gerak dah kut!

Tapi, awal-awal tu dia macam malu-malu kot nak beraksi kat dalam tu. Hihi. Macam selang berapa hari baru rasa lagi dia gerak-gerak dalam tu. Ya Allah rasa bahagia sangat dapat rasa macam tu as a woman. And ada bagitau Fikri, baby dah start gerak-gerak dah. 

Untuk 17 weeks ni, dia mula bergiat aktif waktu malam nak tidur. Huhu. Geli kadang-kadang tu. Apa dia buat agaknya kat dalam tu kan. Tapi baby bump tak nampak lagi. Cinonet je baru. And 17 weeks ni jugak ada monthly check up.

So, kalini nurse dah ukur dah tinggi rahim and pakai ultrasound kot apa taktau mende alah yang bising bunyi dia. Haha. And nurse tanya, "Baby dah gerak?" And of course lah jawab yes kan tapi sikit-sikit je tak kuat pun lagi.

But, bad for me bila dapat tahu HB aku menurun. Huuuu. Last month HB okay 11++. Ni turun ke 10.4. Ni gara-gara New Obimin yang aku makan tu dah habis. Last check up pun nurse yang lain tak tanya. Kalini nurse cakap "Hmm New Obimin dah tak cukup ni. Kena tambah Iron Ferrous untuk tambah darah" Redho je laaa demi baby kan. And kena datang check up lagi in 2 weeks. Nurse kata, "Memandangkan awak ada masalah HB, jadinya kena lah datang lagi 2 minggu yee. Kalau tak ada apa masalah boleh datang sebulan sekali" Huu. Sekali lagi, redho. Haha. 

Teha cakap, "Ermm takpe lah. Baby nak membesarkan. Memang macam tu kadang-kadang". Patutlaaa masa aku pergi jalan-jalan beli barang dengan keadaan ramai orang and panas, aku pitam! Walaupun kena tambah makan ubat, tapi aku rasa aku takde masalah pun untuk makan sebab bukan untuk siapa pun. Anak sendiri jugak. And diri sendiri jugak. 

Sekarang dah masuk 18 weeks dah. Tak sabar nak tunggu awak besar, sayang. Nak sangat tau gender awak. Hihi.

Till then.


Friday, August 21, 2015

Panduan buat Buku Pink Mengandung

Assalamualaikum. Hai.

Aku tahu aku pregnant masa bulan 5 masa tu kalau ikut kiraan 4 weeks lah. tu pun buat UPT Test kat rumah je. Lepastu rasa macam dah 9 weeks, baru pergi confirm. Aku pergi scan 2D kat Klinik NGE Parit Raja. Murah jelah kot kalau ikut harga tempat lain. RM30 include photo. Kalau 3D/4D klinik ni charge RM50. Masa tu excited je rasa bila first time dengar heart beat baby. Rasa macam sungguh besar kebesaran Allah bagi peluang kat aku jadi mak-mak.

Then, tanya kat kak ipar, dia cakap better buat buku pink before 12 weeks cemtu. Masa tu, aku tengah busy final exam kan. So, habis je last paper tu, terus pergi buat buku pink kat Klinik Kesihatan Parit Raja. Sudah lah petang, puasa pulak tu. Macam nak fengsannnn. Haha!Orang tanya, kenapa buat kat Parit Raja? Kenapa tak kat JB sebab rumah dekat sana? Eh eh suke hati lah. Haha. Tak laaaa. Tentu-tentu naik semester je aku duduk balik dengan Mak. Kan senang buat kat sana dari aku berulang ke JB setiap kali nak p check. Kalau tetiba kena hari ada kelas, haaa cemanooo? So, kat Parit Raja aku akan check up setiap bulan hari Isnin. And lucky me, mula sem baru nanti, Isnin takde kelas. Wohoo!

STEP 1 : Daftar kat kaunter

Bagitau nurse, nak buat buku pink. So, dia kana mintak salinan sijil perkahwinan dan kad pengenalan. Then, dia tanya la "Betul dah confirm pregnant?" Huhu. So, kalau dah pergi buat scan, korang bagi je gambar scan tu. Nanti tak payah buat Urine Test lagi. 

STEP 2 : Urine Test & Blood Test

Selesai je daftar, nurse akan bagi tempat urine tu. So, sila la pergi kincing. Hihi. Hantar ke makmal and tunggu result. Masa tu nanti, pegawai perubatan tu akan amik darah untuk check HB. And urine tu nak tengok korang ada apa-apa masalah tak. Kira setiap kali check up, akan ada urine & blood test. Masa 1st aku check up dah kena kencing kotor. Kahkah!

Tips dari nurse : Untuk urine yang terbaik is kencing sikit dulu then bersihkan Miss V then amik urine yang tengah-tengah. So, urine tu bersih. 

STEP 3 : Jumpa Nurse

Lepas je dapat result dari makmal, jumpa nurse pulak. Kalini dia interview sikit la pasal background kesihatan family semua. Sambil tu nurse suruh isi maklumat kat Buku Pink. Then dia akan tanya bila last korang period. Sebab dia nak kira jangkaan bersalin. Kalau ikut Klinik Swasta, 28/01/2016 tapi ikut Klinik Kesihatan 31/01/2016. Tapi tak lari banyak pun. Harap-harap lah tak sampai 40 weeks kan. Hihi. 

Selesai isi maklumat, nurse akan check tekanan darah, berat, tinggi. Then dia suruh kita baring disebalik tirai putih untuk check kandungan. Dia tekan-tekan sikit pastu mintak permission nak chcek breast pulak. Auww! Hahaha. Kalau baby dah besar sikit, nanti ada lah check jantung baby sekali. 

STEP 4 : Jumpa Doktor

Memandangkan aku pergi pun petang, so blood test untuk HIV ke apa tu semua takde. Kena datang lagi in 2 weeks. Padan lah muka aku. Haha. So, ni jumpa doktor. Kalau sebelum ni korang tak pernah scan, dia akan scan. Kalau dah scan, dia tak scan. Tapi akan jumpa if ada masalah. So, masalah aku is kencing kotor. Kahkah. 

STEP 5 : Klinik Pergigigian

Ni step akhir lah. Check gigi sama ada bermasalah atau tak. Jangan takut lah sebab kalau kena cabut gigi ke apa, dia takkan cabut tang tu jugak. Next appointment biasanya. Macam aku laa, hygiene okay tapi dia suggest untul tampal. Tapi sampai sekarang tak pergi sebab malas! Haha.

*******************************

So, selesai. Untuk KK Parit Raja ni, aku cuma dapat New Obimin je. Ramai cakap klinik jarang bagi New Obimin. Biasa kena beli sendiri kat farmasi. And New Obimin ni dah lengkap semua dah. Folic Asid pon ade dah dalam tu. So, no worries. 

Penat tau nak buat dari satu tempat ke satu tempat. Haha. Tapi monthly check up aku suka la. Sebab rasa macam baby makin besar kan. Oh ye, kalau korang ada family background ada kencing manis ke kan, makanya makin cepat lah merasa minum air gula. Like me! 3 bulan dah kena. Tapi jangan takut sebab air gula je punnn. Haha.  

Till then.

Monday, August 17, 2015

Pregnancy Journey : Survey barang baby

Assalamualaikum. Hai.

Rasa macam ehh kejapnyaaaa dah masuk 4 bulan pregnant. 3 bulan pertama, nak buat aktiviti apa-apa semuanya berhati-hati. Tup-tup dah masuk 2nd trimester. Dah boleh lah kot beraktiviti sikit. Kalau tak, lemauuu.

So, bila dah masuk 4 bulan dan sementara jadi housewife ni kann, rajin lah jugak ajak Fikri survey barang-barang baby. Syoknyaa nak terima orang baru. Fikri & Intan Jr. Hihi. Aku fikir Fikri macam biasa lah kan tak berminat pon kalau survey barang. Sebab masa nak survey barang kahwin, kemain boleh bergusti lah orang kata. Haha. Tapi rupanya tak punnnn. Dia pun kalau di ajak survey, dia excited. Alhamdulillah.

Kenapa aku survey awal? Yelaaa untuk bini yang masih study and laki yang sorang kerja kena lah buat budget list awal-awal. Nanti boleh fikir dari mana duit nak datang. Haha. So, apa yang aku survey?

First! Breast Pump

Banyak rupanya kann jenama breast pump ni. Dari yang ratus-ratus sampai ke ribu riban. Fuhh! Berpeluh tengok satu-satu harga. Huhu. Antara jenama yang famous untuk breast pump..

Medela

Eve Love

Avent

Tomme Tippee

Snow Bear

Ni antara yang aku dah survey lah masa kat Baby Expo and google sikit pasal breast pump ni. Setakat ni paling tak mampu Medela la. Ahahaha. Untuk Avent, Tommee Tippee and Eve Love, harga around RM500++ lah. Dan Snow Bear antara yang mampu milik and feedback dari apa yang aku baca testimoni depa kata okay jenama ni walaupun murah. So, nanti kita pergi survey lagi kat kedai-kedai barangan baby. Nak beli mahal-mahal masih lagi tak mampu. Hihi. Student lagi kannn. Tapi takpe, murah ke mahal asal elok and function tetap sama. Takpe baby, botol nanti Ummi belikan mahal sikit. Ekekeke. 

Breast pump ni penting lah untuk mak-mak yang masih bergelar pelajar ke dah bekerja. Senang untuk bagi baby susu ibu. 

Second! Car Seat

Car Seat pun sama. Dari ratus-ratus sampai ribu-ribu. Kalau ikut survey Baby Expo, harga boleh pengsan laki bini. Haha. Sekali rupanya ada je harga mampu milik. Hihi. Setakat ni aku dah menjumpai target. 

Sweet Cherry

Taktau kenapa berkenan benoo dengan brand ni. Haha. Padahal ada je brand lain yang harga lebih kurang. Tapi tetap jenama ni jugak berkenan dihati. Setakat ni masih survey melalui Encik Google je. Nanti ada masa, boleh pergi survey kat kedai baby. 

Tang Car Seat ni, boleh lah serah kat Fikri sebab dia macam detail sikit la kalau nak beli. Dia mesti nak tengok berat ke tak, selesa ke tak, selamat ke tak. Gitu. Car seat pun penting untuk aku sebab lepasni nak pergi internship, kena hantar pengasuh. Lepas habis intern, kerja pulak. So, memang kena ada untuk keselamatan anak.

*************************

So, setakat ni, dua tu jelahh aku syok sangat survey. Kalau macam keperluan lain tu, keperluan yang kita boleh agak berapa harga, apa semua kan. Nanti keperluan yang tu kita buat check list lain. Lagipun baju ke botol, pampers apa semua tu Mak kata dah 6-7 bulan baru boleh prepare. So, sekarang kita watlek watpis je dulu. 

Till then.


Monday, August 3, 2015

Pregnancy journey : Alahan

Assalamualaikum. Hai.

Happy 4 months dear little caliph! Moga awak sentiasa sihat and membesar dengan sempurna.

Sepanjang tempoh pregnant ni, orang akan tanya ada alahan tak? Setakat ni alahan tu masih boleh dikawal lagi. Alahan tu macam kejap-kejap je hilang dah. Baby so behave! Kalau muntah tu pon tak selalu. Takde la macam orang kata morning sickness yang teruk sangat tu makan apa semua muntah. Takde. Cuma selera makan je kadang tu berkurang. 

My 1st trimester, tetiba aku macam tak boleh telan langsung daging lembu. Pandang pon dah loya! Padahal sebelum kejadian, okay je melantak kari daging kat rumah Mak. Haha. Sampai dah masuk 2nd trimester ni aku takut nak cuba makan takut muntah. Masa balik raya belah Fikri pon siap makcik-makcik dia masak soto cakap awal-awal ni takdak daging tau. Hahaha. Kesian.

Tu baru pasal daging. Sayur pulak, kena yang betul-betul masak! Separuh masak, makan separuh muka dah jadi hijau macam sayur jugak. Kahkahkah. Tapi petai aku boleh makan tanpa dimasak. Mengada kan? Tapi aku okay je makan apa pun. Cuma kuantiti sekali makan tu sikit tak macam selalu. Tapi kerap. Satu hari tak pekena nasi macam cacing kepanasan. Kahh!

Kadang tu gatal jugak dalam pikiran ni nak merasa lah orang kata morning sickness, muntah tahap teruk tu. Ish ish ish. Tapi harap-harap tak lah. Kejap lagi, kelas kemana, FYP kemana, aku kemana. Satu sem je lagi weyy nak habiskan. Jangan buat gila. Huhu.

Bila dah masuk 2nd trimester ni aku nampak selera makan aku kembali normal, kadang-kadang luar biasa lapar dia. Haha. Setakat ni, aku tak muntah teruk. Tapi akan nak muntah kalau Fikri kentut. Bhahaha. Macam orang lain punya cerita, tiap kali berus gigi tiap kali tu rasa nak termuntah, macam tu jugak aku. Tapi masih under control. Alaa biasa la orang pregnant kalau uwekk uwekk tu baru nampak macam pregnant kan. Hihi.

Cuma satu jela masalah aku rasa kadang aku nak nangis. Haha. Sakit pinggang and sakit belakang. Padahal kalau ikut pembacaan blogger lain, diorang kata nanti dah perut memboyot kan. Tapi aku dari awal pregnant lagi. Kalau naik kereta lama sikit, mula lah muka aku macam cencorot tak tahan sakit belakang. Hahaha. Tapi takpe lah, demi baby. Chayyokkk for another 5 months! 

Till then. 

Monday, July 27, 2015

Pregnancy Journey : Minum air gula kali pertama

Hai. Assalamualaikum.

Bila sebut je pregnant, orang akan ingatkan pasal air gula. Macam buddy takkan terpisah. Kan? Haha. Bagi semua orang pompuan yang pregnant, minum air gula tu satu benda yang mengerikan. Entah kenapa.

So, since aku tahu aku pregnant, aku senyapkan je dulu. Dah 9 weeks sebelum aku balik JB, aku pergi buat buku Pink! Aku daftar kat rumah Mak sebab aku kan masih berbaki satu sem kat Parit Raja. So, senang untuk aku buat check up. 

Berbalik pada air gula, bila nurse tanya-tanya family background, dapatlah tahu Mak aku kan memang ada kencing manis. Makanya, lagi cepat aku dapat merasa air gula tu. Hahaha. Nurse suruh next check up means 3 bulan untuk minum air gula. Takot-takot aku pregnant ni ada kencing manis. Nak kena monitor.

So, lepas balik dari Kedah, balik raya rumah Mak pulak. Before balik JB, ada next check up. Kebetulan, aku masa tu tak sihat. Kena batuk and selsema. Agak menyeksakan sebenarnya. Sebab nak makan ubat, tak digalakkan. Takot bagi kesan pulak kat baby. Nak taknak kena tahan je sakit tu.

Pagi-pagi lagi aku dah tercongok kat KK Parit Raja tu. Taknak lambat. Tapi sebenarnya nak tunggu nurse datang and amik darah, kemain lama sebenarnya. Tercongok la lagi. 

Selesai amik darah, boleh hantar ke Makmal and tunggu result. Lepastu datang balik kat tempat nurse amik darah untuk minum air gula. Masa tengah tercongok lama tu, ada jugak geng pregnant yang berpengalaman bagi tips. Katanya nak minum biar sekali teguk, jangan sikit-sikit. Nanti loya nak muntah. Pastuh tak boleh minum air masak rupanya lepas minum air gula. Aku beriya la bawak air masak siap-siap takut pening loya minum air gula kan. Kalau curik-curik minum sikit takpe. Kikiki.

So, dengan tips yang ada tu, aku pon gigih la minum dengan sekali teguk air gula tu. Pastuh kakak bagi tips yang tengah amik darah siap tanya aku, "Sedappp??" Hahaha. Padahal sebenarnya kan, aku tak rasa apa pon weyhh!! Payau je rasa. Aku taktau la sebab aku batuk selsema ke atau nurse tu tak letak gula. Kehkehkeh. Makanya, air gula pertama, success!

Untuk air gula pertama, okay la kan tak rasa apa. Next aku taktau la cemane. Taktau lagi next air gula bila. Aku okay lagi minum air gula. Tapi aku tak suka amik darah. Habis lebam-lebam tangan aku. Eee tak suka! Sakit pulak tu. Bak kata orang, demi baby kan mak-mak ni selalu jadi kuat. And, bacaan pertama tu normal takde kencing manis. Harap-harap berterusan. Amin!


Till here. 

Tuesday, June 30, 2015

Pregnancy Journey : When I start to love you

Assalamualaikum. Hai. Salam 13 Ramadhan!

Sebulan yang lepas..
3 hari sebelum tibanya PMS, aku dah badmood (like always) tapi tambah lagi, tak pernah-pernah rasa macam senggugut, tiba-tiba rasa. Sakit pinggang tu lagi la tak boleh nak cakap apa. Sakit sangat! Bila mood swing, terus rasa nak balik JB. Sebab tahu, kalau stress jumpa husband mesti okay. Hihi. Bila sakit pinggang, dia la yang urut-urut belakang sampai lega.

Bila tiba hari PMS tu selalu berharap tak datang. Kahhh! Kali ni macam dah pandai sikit la. Bila badan rasa lain, tak cakap-cakap dengan orang lain melainkan husband. So, mungkin la ada harapan sebab tak over excited. Sampai la aku delay 4 hari. Sebelum ni delay 2 hari dengan harapan la. Haha. Ni terus je beranikan diri buat UPT Test. 

Aaanddddd dupdapdupdap.. Alhamdulillah! Terus tunjuk kat Mak. Pastuh Mak cakap masih baru sangat ni. Bagitau Fikri suruh dia doakan yang baik-baik. Sebab doa Mak dengan husband mudah Allah makbulkan. 

Walaupun dah 2 3 4 kali test, tetap tak percaya! Kehkeh. Tapi kadang rasa la nadi makhluk kecil tu. Pastu rasa, "Eh betul ke ni?" Kehkeh. Walaupun awak masih baru hadir dalam rahim kite, awak dengan kite pon diuji dengan perangai manusia kan. Takpe takpe, awak masih ada Fikri yang akan tenangkan awak, kuatkan awak. 

Bila awak dah lama sikit, kite terus beranikan diri pegi jumpa doktor. Saja nak scan nak tengok betul ke awak. Kikiki. Pastu terus doktor tunjuk awak kat kite. Alaaaa kecik comel je. Masa doktor halakan bagi dengar jantung awak, terus rasa macam nak nangis. Allah Maha Besar. Bagi kite peluang untuk jadi Mak-Mak. Kalau ada Fikri, mesti kite dah nangis dah. Hihi. 

Sejak dari tu asyik rindu je kat awak and rasa sayang kat awak. Kat Fikri lagi la kan! Terus rasa taknak pon melawan cakap dia. Bhahahaha. Sebab nak awak jadi anak soleh/solehah. Moga awak sihat dan sempurna. Tak sabar nak tunggu awak keluar.

Sebelum ni, tak pernah pun bincang dengan Fikri nak anak panggil apa kat kami berdua. Terus dia cakap "Bapak and Ummi". Auww. Ummi tu nampak lembut dah, sekali panggilan Bapak tu ganas betul. Padahal, dalam realitinya Bapak awak tu yang lembut, Ummi awak yang ganas. Kahkah.

Kalau awak nak tahu, setiap kali solat, Bapak awak selalu doa awak jadi anak soleh/solehah tau. Moga Allah makbulkan. 

Awak, hadiah terindah dari Allah buat Bapak and Ummi. We loves you so much!

Moga awak membesar kat dalam tu dengan sihat dan sempurna ye sayang. Moga Allah sentiasa lindungi awak dari perkara yang tak baik, dari dengki manusia, dari doa tak baik dari manusia. Moga-moga. Ameen!

9 weeks and still counting..