Assalamualaikum. Hai.
Aku tahu aku pregnant masa bulan 5 masa tu kalau ikut kiraan 4 weeks lah. tu pun buat UPT Test kat rumah je. Lepastu rasa macam dah 9 weeks, baru pergi confirm. Aku pergi scan 2D kat Klinik NGE Parit Raja. Murah jelah kot kalau ikut harga tempat lain. RM30 include photo. Kalau 3D/4D klinik ni charge RM50. Masa tu excited je rasa bila first time dengar heart beat baby. Rasa macam sungguh besar kebesaran Allah bagi peluang kat aku jadi mak-mak.
Then, tanya kat kak ipar, dia cakap better buat buku pink before 12 weeks cemtu. Masa tu, aku tengah busy final exam kan. So, habis je last paper tu, terus pergi buat buku pink kat Klinik Kesihatan Parit Raja. Sudah lah petang, puasa pulak tu. Macam nak fengsannnn. Haha!Orang tanya, kenapa buat kat Parit Raja? Kenapa tak kat JB sebab rumah dekat sana? Eh eh suke hati lah. Haha. Tak laaaa. Tentu-tentu naik semester je aku duduk balik dengan Mak. Kan senang buat kat sana dari aku berulang ke JB setiap kali nak p check. Kalau tetiba kena hari ada kelas, haaa cemanooo? So, kat Parit Raja aku akan check up setiap bulan hari Isnin. And lucky me, mula sem baru nanti, Isnin takde kelas. Wohoo!
STEP 1 : Daftar kat kaunter
Bagitau nurse, nak buat buku pink. So, dia kana mintak salinan sijil perkahwinan dan kad pengenalan. Then, dia tanya la "Betul dah confirm pregnant?" Huhu. So, kalau dah pergi buat scan, korang bagi je gambar scan tu. Nanti tak payah buat Urine Test lagi.
STEP 2 : Urine Test & Blood Test
Selesai je daftar, nurse akan bagi tempat urine tu. So, sila la pergi kincing. Hihi. Hantar ke makmal and tunggu result. Masa tu nanti, pegawai perubatan tu akan amik darah untuk check HB. And urine tu nak tengok korang ada apa-apa masalah tak. Kira setiap kali check up, akan ada urine & blood test. Masa 1st aku check up dah kena kencing kotor. Kahkah!
Tips dari nurse : Untuk urine yang terbaik is kencing sikit dulu then bersihkan Miss V then amik urine yang tengah-tengah. So, urine tu bersih.
STEP 3 : Jumpa Nurse
Lepas je dapat result dari makmal, jumpa nurse pulak. Kalini dia interview sikit la pasal background kesihatan family semua. Sambil tu nurse suruh isi maklumat kat Buku Pink. Then dia akan tanya bila last korang period. Sebab dia nak kira jangkaan bersalin. Kalau ikut Klinik Swasta, 28/01/2016 tapi ikut Klinik Kesihatan 31/01/2016. Tapi tak lari banyak pun. Harap-harap lah tak sampai 40 weeks kan. Hihi.
Selesai isi maklumat, nurse akan check tekanan darah, berat, tinggi. Then dia suruh kita baring disebalik tirai putih untuk check kandungan. Dia tekan-tekan sikit pastu mintak permission nak chcek breast pulak. Auww! Hahaha. Kalau baby dah besar sikit, nanti ada lah check jantung baby sekali.
STEP 4 : Jumpa Doktor
Memandangkan aku pergi pun petang, so blood test untuk HIV ke apa tu semua takde. Kena datang lagi in 2 weeks. Padan lah muka aku. Haha. So, ni jumpa doktor. Kalau sebelum ni korang tak pernah scan, dia akan scan. Kalau dah scan, dia tak scan. Tapi akan jumpa if ada masalah. So, masalah aku is kencing kotor. Kahkah.
STEP 5 : Klinik Pergigigian
Ni step akhir lah. Check gigi sama ada bermasalah atau tak. Jangan takut lah sebab kalau kena cabut gigi ke apa, dia takkan cabut tang tu jugak. Next appointment biasanya. Macam aku laa, hygiene okay tapi dia suggest untul tampal. Tapi sampai sekarang tak pergi sebab malas! Haha.
*******************************
So, selesai. Untuk KK Parit Raja ni, aku cuma dapat New Obimin je. Ramai cakap klinik jarang bagi New Obimin. Biasa kena beli sendiri kat farmasi. And New Obimin ni dah lengkap semua dah. Folic Asid pon ade dah dalam tu. So, no worries.
Penat tau nak buat dari satu tempat ke satu tempat. Haha. Tapi monthly check up aku suka la. Sebab rasa macam baby makin besar kan. Oh ye, kalau korang ada family background ada kencing manis ke kan, makanya makin cepat lah merasa minum air gula. Like me! 3 bulan dah kena. Tapi jangan takut sebab air gula je punnn. Haha.
Till then.
No comments:
Post a Comment