Hai!
Dulu, masa aku kecik sampai lah ke tingkatan sampai ke besar gajah ni. Tiap kali Mak masak kat dapur, dia paling tak suka anak-anak dia 'tolong' masak kat dapur. Lepastu bila aku sendiri tak pandai masak, aku salahkan Mak. Huahuahua. Tapi bila dah besar gajah ni, dah pandai sikit-sikit masak, baru aku paham kenapa.
Sebenarnya, rimas tahu tak orang kacau-kacau kat dapur. Lepastu, macam kita punya resepi (rentak sendiri) tiba-tiba orang argue. Kan macam eeeee geram! Nak goreng sekali dalam kuali! Hahaha. Tiba-tiba je kita jadi kelam kabut. Makanan pon jadik tak sedap. *alasan*Muehehe.
So, dah membebel sebagai pembuka kata, aku tambah lagi koleksi resepi. Acewahhh. Bila jarang masak, kadang lupa bahan-bahannya. Faktor umur. Hahaha.
Kali ni, kongsi resepi Spaghetti Carbonara. Macam biasaaaaa. Google je. Hihi.
Bahan-bahan :
Daging kisar
2 ulas bawang (dipotong dadu) *Dadu ke tu? HAHAHA*
1 biji tomato (dipotong dadu)
Cendawan
4 biji tomato (direbus buat puree)
Diga (Tomato Puree)
Cili kering (dikisar)
DAN
Garam secukup rasa
Diga (Tomato Puree)
Cili kering (dikisar)
DAN
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Spaghetti
Rebuskan spaghetti. Rahsia kebahagiaan untuk spaghetti tak melekat dan berasa, letak minyak + garam ye semasa merebus. Hihi.
Sos (kuah)
Sos (kuah)
Tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan 4 sudu cili kisar. Kemudian, masukkan daging kisar sehingga masak, masukkan Puree (Diga) & Puree (tomato yang direbus). Selepas itu, masukkan cendawan. Garam secukup rasa. Masukkan air ikut sedap hati nak cair ke nak pekat. Hihi. Dan siap!
Then, I'll present to youuuu... *bunyi drum*
Tadaaaaaa!!!!!!! Hihihi.
Nak kata sedap sangat macam kat Pizza Hut tu tak lah. Tapi bolehhh laaaa buat makan sampai kenyang plus boleh menambah khennnn. Hihi. Tapi Mak suke je aku masak. Alhamdulillah, habis satu periuk! Ni untuk dalam 6-7 orang punya makan tau!
Next, nak masakkan untuk kawan-kawan pulak. Hihi. Harap-harap berjaya. Haritu masak untuk Fikri tapi masa tu cili kisar kannnnn tak cukup. Hahaha. Jadi, tak berapa umph sangat tapi boleh laaaa kannnn.
Okey. Tata!
No comments:
Post a Comment