Friday, April 18, 2014

Aktiviti sebagai pelajar setakat hari ini

Holla :D

Selamat berpagiannnn. Haha. *Tetibamuncltengahpagibuta*

Tadi baru lepas settle Construction Law punya mid-term test. Konon semua bajet lah stress. Aku? Okey je. Tak menghafal pun. Sebab aku tahu akan jadi sia-sia je study hard. Bhehehe. At last, dia bagi kes and solve it. Mana adaaaa dalam notaaaaa.

Busy. Sepanjang semester ni busy. Padahal berapa kredit je pun.

Bila aku busy, Fikri pon berdouble triple busy. Tak menyempatlah nak manja-manja ke apa. Haha. Rindu. Nasib laaa aku pon busy kan. Jadi, tak lah emosi lebih-lebih sangat. Hari-hari pon tanya, drawing untuk projek tu tak siap lagi keeee. Bile nak siaaappp. Hari-hari pon nak balik lambat :(

Ohh. Semester ni banyaaakkk sangat kena berkomitmen dengan construction company. Satu hal nak buat appointment. Nak buat suara paling lembut. Nak manage itu ini. Nak kemudi kumpulan sendiri bagi kerja semua berjalan lancar. Penat. Sebenarnya kan dalam hati ni, taknak buat semua kerja pon. Bosan. Hahaha. 

Interview for topic Subcontracting (Consultant)

Masa sebelum tu stress lah jugak. Sebelum tu, mereka tu ada test Analisis Struktur. Rushing nak kejar appointment jam 12. Haha. Tapi malangnya sesat. Pusing 2 3 kali jugak kat Larkin Perdana tu.

Interview for topic Subcontracting (Developer)

Masa ni, main redah je. Sebab dah ada surat dari fakulti kan. Rempit berdua je dengan Kak Nina. Sebab redah kan. Ada banyak kemungkinan. Sempoii. Lepastu suruh Pak Guard amik kan gambar sebagai bukti. Sembarangan je. Hahaha.

Survey tempat untuk Program Khidmat Masyarakat (Rengit)

Ni time mid-term break. Pergi berdua dengan Hera. Bertemankan my bapaks. Hihi. Cantik gilosss okey homestay dia. Nanti dah buat program, I'll updated for this beautiful place :D

Ni paling kelakar paling sengal. Konon laaa nak carik pekerja buat jalan kat UTHM tu. Nak tanya company dia untuk jentera. Kena carik buat assignment Peralatan. Sekali tu, punyaaaa lahh berpanas berjalan, mat bangla je ada. Siap senyum-senyum konon orang nak mengorat dia. Haha. 

Si Nurul boleh tahan buat lawak. Dia dengan tiba-tiba ambik gambar depa buat kerja. Aku tanya kenapa? *Sambilgelak* Dia kata bukti kita carik. Bhahaha. Habis semua berdekah gelakkan dia. Luls. Lepastu, apa pun tak dapat sebab kena kencing je dengan mat bangla tu bagi nombor kawan dia agaknya. Hishhh.


My ex-roommates for year 1 dulu. Hehe. Terserempak kat Library. She's now struggle for Atkins Diet. Macam dah banyak loss weight gamaknya. Sekarang pun aku try lah nak fit kan semula badan dengan buat Workout. Konon. Haha.

Okey. Tu je. Hihi. Nanti akan updated lagi. Cewahhh.

Kawan aku cakap, dah ada blog sendiri tu jadi lah macam blogger lain. Masyukkk. Tapi aku tak berapa berminat. Nanti jadi tumpuan. *bajetfamous* Nanti iolls nak updated pape pun nyorok-nyorok belakang almari *lempang*

Okey. Tata.


No comments:

Post a Comment