Tuesday, November 26, 2013

Review : Baju Tunang

Hai! Haritu dah review pasal gubahan dengan mini pelamin kan.
Harini nak review pasal baju tunang pulak. Hewhew. (Bajet orang nak baca)
Tapi cerita-cerita ni kan nanti jadi kenangan. Kan kan kan. Nanti dah ada anak cucu, mereka boleh godek-godek blog aku. Boleh lah tahu perjalanan hidup aku dengan atuk mereka. Wakakakaka. *Muntah hijau*

Baju : Ready made

Actually, aku nak custom made. Tapi rata-rata macam mahal. Lepastu takde pengalaman carik material kain. Aku buat research sikit kat google berdasarkan pengalaman orang. Gittew. So, lelama aku decide beli ready made je senang. Bagi saiz, bayar dan dapat. Dah tentu-tentu jugak aku beli online. Huehue.



Baju kat sini cantik-cantik. Tak berapa nak sama dengan online butik lain. Ni pon aku jumpa sebab aku google tengok persiapan tunang orang. Hihi. Kakak ke apa tak tahu. Tapi aku panggil dia akak, dia panggil aku akak. Haha! Aku whats up je dia. Senang lah berurusan dengan dia. 

Masa ni, aku beli saiz M disebabkan badan aku ni macam mengembang je kan. Hiks. Tapi masa dapat tu, baju besar tapi kain okey. Terpaksa aku alter sikit sebab nampak gedoboh sangat. *Motif sangat nak cakap badan kecik. Tapi dah alter pon masih macam besar tapi tak sempat nak alter lagi sebab tailor pergi haji. Hihi. Ohh baju ni dia dah siap lace kat tangan dengan bawah baju.

Shawl dan Veil : Custom made

Aku fikir nak beli je online. Tapi takut warna dapat nanti tak exactly macam aku nak. Jadi, aku decide beli kain sendiri then hantar tailor jahit tepi. Idea ni aku dapat masa aku baca blog Maria Elena. Dah lah dapat warna yang kite nak, jimat dan sangat puas hati.



Untuk shawl, aku beli warna Grey. Aku tak tahu kena beli berapa meter. Jadi aku beli 1.5 meter. Semeter RM15.90. Nampak macam mahal kan? Tapi masa aku beli ni aku rasa berbaloi sebab chiffon jenis lembut dan mahal. Balik tengok dia bidang 60. Siap boleh lipat dua dan masih labuh. Tapi bagus jugak. Tak payah pakai inner syria nak cover yang transparent tu. 

Untuk veil, aku beli warna Fuschia Pink sama macam warna baju. Yang ini, aku beli RM9.90 semeter. Aku beli 1.5 meter jugak sebab aku nak buat bentuk halfmoon. 

Ohh, aku beli kain kat Jakel.

Lace dan manik

Aku beli lace lagi sebab nak letak kat veil. Aku beli online. Ni aku tanya kat si Fifi (my cousin). Hehe.


Instagram : Aloha Lace
Facebook : Ainul Ilya

Aku recommended lah korang kalau nak beli lace kat sini. Dia jual murah. Aku beli semeter tapi atas bawah kira dua meter lah kan RM19.90 je. Okey lah kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Aku guna semeter je. Kalau nak beli siap manik, RM39.90 semeter (atas bawah). 

Manik pulak, aku beli kat PICB, Ayer Hitam. Agak banyak kos. Plus minus RM50. Tapi cecantik manik and apa benda entah nama yang lain. Haha! 

Jahit manik

Lepastu aku dah book kawan aku siap-siap untuk dia jahitkan lace dan manik. Kawan aku ni kawan UTHM aku. Mek klate. Gittew. Jadi, aku tunjuk kat dia warna baju dan lace sebab nak beli manik. Aku hantar kat dia dalam dua ke tiga minggu entah tak ingat. Tapi masa tu tak banyak assignment lagi. Jadi, dia boleh jahit dengan aman.

Close up veil
Bajet masa ni tengah fitting lah. Ceceehhh. Lepastu kawan aku amik gambar. Aku macam ishhh malu kot. Hihi. Sebab majlis sendiri kan. Bagus betol si Sue ni siap letakkan pearl berat kat depan veil tu sebab dia takut nanti pakai terjungkit.

Close up untuk baju

Upah untuk jahit manik untuk baju dan veil RM55. Kira baju RM35 and veil RM20. Kira murah sebab dia ada tambah manik yang jenis berat tu dia punya. Mak aku pon puas hati tengok hasil kerja dia. Mak aku cakap dah macam Pengasas Pamoga. Pfft. Haha! Tapi masa majlis pon ramai yang tanya. Sebab nampak cantik. Macam cantik jew-macam cantik jew. Kikikiki.

Total

Total keseluruhan dia lebih kurang RM350 jugak tapi puas hati sangat-sangat. Kalau nak dibanding dengan harga butik kan. Hehe. Memang tak dapat apa yang aku nak, tapi dapat puaskan hati jugak lahh. Dapat veil dengan shawl dengan baju. Gittew.

Takpe. Sekarang pon tengah usha-usha je butik mana yang buat baju cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Hihi.

Close up sikit. Hihi. I just miss this moment. 

UTHMians yaww. My ex-dip girlfriends. 

Ni lah kalau betul-betul nak tengoh ghupe baju aku. Haha. Gambar yang atas-atas tak berapa nampak sebab handphone tak berapa canggih uolls. Ni abang iolls yang amik kan. Hihi. Ehh baju aku ni color Fuschia Pink atau Shocking Pink la maybe. Bukan Merah. Ramai yang tengok gambar lepastu cakap warna merah. Pon boley laaaa. 

Harini dah sebulan. Sebenarnya, rindu saat dup dap dup dap nak sarung cincin. Haha.
Harap-harap Allah permudah urusan kami untuk bernikah. Amin. 



2 comments:

  1. Oh maiii..cantikkk.dan betullah,idea nak beli kain lepas tuh suruh orang jahit brilliant.walaupun dah macam lambat jeh but I want to say congratulationss..
    hopefully sampai ke jinjang pelamin dan bahagia.warghh,so sweet.okey okey. congrats kak :)

    ReplyDelete
  2. salam terima kasih menjadi customer kami ..mohon kami share di page kami

    ReplyDelete