Tuesday, April 8, 2014

Semakin mencabar

Hai :D

Happy mid-sem everybodyyyy. Hihi. 

Happy sangat kan. Padahal, banyak je kerja tengah tunggu turn terjerit mintak disiapkan. Takpe takpe kite buat slow-melow yeee. Hihi. Tapi tu laaaa walaupun beta cuma ambil 14 jam kredit sahaja semester ni, namun cabarannya adalah macam 20 jam kredit uolls. Phewww.

Kalau semester lepas, aku dan kawan-kawan macam orang gila 'cuba' menjadi budak architect, semester ni menggila lagi gila kuasa jadi budak Ukur Bahan & Akaun. Hang ada? Hahaha. Nak menangis ke nak ketawa pon aku tak tahu. Konfius @_@ 

Senoneng! 

Semakin lama belajar, semakin rasa lemau. Hahaha. Macam kes buat Estimating la. Nasib ada kawan ex-QS kan. Ada jugak boleh bantu. Tapi kantoi kami dua-dua pon tak tahu apa tu Apron Slab. Hmmm. Semakin advanced ye bahasa engineering ni. Ke kami yang tongong? Haha.

Google punya google jumpa lah jugak at last kan. Mr Google cakap Apron Slab tu extension of slab. Tanya pulak Fikri. 

Fikri : Hah! Apa tu apron slab?
Aku : Ermmm extension slab. Macam untuk water way tu kan? (sebenarnya bantai je!)
Fikri : (gelak) Apron Slab tuuuuuu kaki lima!

Bengapnyaaaaa Intannnnnn. Pfft! Tapi takpelah. Kebengapan tu boleh dimaafkan lah kot sebab aku bukan budak Archi atau QS kan. Ngehngeh. Baru dengar kottt! Mati-mati aku dengan Hera ingat tu lantai punya finishes! Ngoknyaaaaa. *hantukkepala*

Kawan-kawan lain pulak suffer belajar Analisis Struktur. Kalau kat poli belajar untuk 4 semester, kat sini belajar cuma satu semester tapi dia gabung semua. Air batu campur sangat! Alhamdulillah, dapat transfer! Hihi. Nasib badaaaannnnnn.

Sebenarnya, aku rasa aku lebih gila jadi student Construction berbanding Civil ni. Sebab rasa macam gila kuasa sangat semua benda nak kena tahu. Phewww pedepowwww. Let me think, bila habis belajar nanti nak kerja apa. Hehehe. 

Ohh sebenarnya, naik cuti nanti ada 3 test menunggu. Bestnyaaaaaa. 
Tak sabar sangat! -.-

No comments:

Post a Comment