Wednesday, March 26, 2014

Quoi de neuf?

Ohh nak membetulkan sesuatu persepsi itu susahhhh. Apatah lagi nak menyampaikan sesuatu ilmu. Hmmm. 

Sebenarnya haritu aku terkilan. Plus, sedih. Ada sesuatu yang macam meragut hati aku. Acewahhh. Dan sebab terlalu terkilan, aku private kan blog aku *Padahal takde kena mengena* 

And I was keep calm and motivate myself. Ohh takpe lahhh. Walaupun lepas kejadian tu, aku memang rasa "Ishhh ishhhh ishhh" Semua jadi tak kena.

Tapi, aku dah pujuk hati aku. Sebab sebelum tu, aku macam rasa jiwa aku kosong. Kenapa tak tahu. Lama jugak. Sampai aku macam minta pada Tuhan, ada baiknya Dia datangkan ujian. Sekurangnya, aku bangun dari mimpi. I is sad. I is totally down. 

Dalam pada tu, aku baca buku "33 Pesanan Rasulllah untuk Wanita". And dalam bab 'Jadilah Wanita Berperibadi Mulia', Ibnu Qayyim mengatakan, 

"Membawa kebenaran ibarat membawa gunung. Tidak ada yang kuat kecuali orang-orang yang konsisten. Jika Tuhanmu telah memudahkan kamu memiliki sifat ini, bererti kamu telah berada di atas jalan orang-orang yang berakhlak mulia. Dan kebahagiaan mahupun keselamatan akan kamu dapati"

Untuk pendosa seperti aku, terlalu sukarlah untuk memperbetulkan sesuatu walaupun ia terang-terang yang diperkatakan manusia itu salah. But it's okey. It's just a beginning. Jangan cepat mengalah pada diri. Perbaiki lagi diri ini luar dan dalam.

Sebenarnya, untuk berhijrah itu susah. Hijrah itu pengorabanan. Kan? Berhijrah bukan setakat luaran tetapi perlu bermula dari dalaman. Bukan kata nak hijrah je, setakat luaran. Tapi, duk menghentam orang ini salah, orang tu teruk. Bukan ye. Nanti orang akan pandang serong lagi ada. 

Oleh sebab tu, aku 'cuba' menjadi manusia positif. Jangan cepat melatah. Walaupun aku kadang-kadang diperlekehkan dan aku akan sedih. It's okey. It's doesn't matter. Lumrah hidup. Aku masih lagi tidak sempurna. Aku masih lagi mahu dan mahu mempelajari tentang ilmu agama. Mahu jadi wanita yang hebat dari pendidikan dan agama. Susah tapi tidak mustahil. InsyaAllah, dengan izin dan bimbingan-Nya. Who knows kan. 


I was ask Kak Nina, "Okey tak orang pakai skirt?" and Kak Nina said, "Okey! Kau rock lah siap pakai sneakers!" HAHAHA. Aku berbisik kat dia, "Bukan apaaaa, seluar selalu pakai tu ketat!" And she was laughing. Aku sambung lagi, "Lagipun dah officially 24. Perlu lah sedar diri tu". And she replied, "Baguslaaa. Kena lah jaga penampilan untuk parents dan tunang." I is happy. 

Mungkin selepas ini, aku akan terjatuh dan jatuh lagi. But it's doesn't mean aku akan berputus asa. Pernah semester lepas, aku rasa aku give up sangat dengan study aku. Sampai cakap, "Hmmm result macam mana pon, tak kisahlah!" Seriously. Hati-hati bila jiwa rasa kosong cuz something wrong somewhere tu. Hahaha. Like me lah kan. Haishhh. Intann.. Intannnn..

InsyaAllah, bila hati kuat kata nak berhijrah, Allah bagi kawan-kawan yang menyokong kita. Diselitkan juga yang mentertawakan kita. Bukan apaaaa, biar kita jadi kuat! And aku rasa terharu la bila kawan lelaki Chinese aku hormat pada perempuan macam kami. Kalau macam TERsentuh atau apa-apa, cepat diorang mintak maaf. And something that I have learn, kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu. Tak kisah bangsa apa pon. 

Whatever it is, jadilah manusia penyabar walaupun terkadang tersasar kesabarannya. Jadilah manusia yang sentiasa positif walaupun orang sekeliling sering menjatuhkanmu.

Kita tak perlu tunggu hidayah dari Allah untuk membuat sesuatu kebaikan. Apatah lagi tunggu dah kahwin ada suami baru nak berhijrah. Kuatkan hati, selalu cakap dalam diri "Allah akan menolongku" 

I'm happy girl. À bientôt!


No comments:

Post a Comment