Assalamualaikum. Hai.
Setelah puas bercuti semester santai-santai, maka bermula lahh sekarang episod nak collect data untuk FYP. Fuhh. Dah tinggal lama-lama, berhabuk! Kepala otak pun dah lemau. Susah betul nak dapat mood. Huhu. Tapi terpaksa.
Makanya, gigih lahh telefon responden (pemaju) untuk minta depa join temubual untuk tesis aku. Fuhh! Dari 6 yang aku call, baru 1 je yang bagi feedback. Tapi Alhamdulillah. At least ada. Dari tak hadooo, menangis!! And sebelum tu cakap kat Mak, 24hb Ogos tu ada check up baby untuk 4 bulan. Cakap dengan Mak nak balik Parit Raja hari Ahad, check up Isnin. Kalau-kalau ada interview, Isnin tu nak balik awal. Tapi last minute tukar plan disebabkan appointment untuk interview tu Isnin, 10 pagi. Nasib laa nurse okay-okay je mintak postpone Rabu.
Dah lah first interview. Pulaknya, sangkut kat Pasir Gudang nun di sinun. Aku pulak jenis manusia lurus. Tahu balik Parit Raja dengan balik rumah Skudai je. Lain taktau! Hahaha. Bawak la jalan-jalan 100 kali pun belum tentu ingat. Kesian. Malangnya, interview ni kena drive sorang sebab Fikri kan kerja. Sobs! Tapi mintak kesian kat dia suruh tunjuk jalan dulu. Haha.
Ahad tu gigih pergi drive p Pasir Gudang nuh. Huhu. Aku drive sampai sakit-sakit punggung. Lama tak drive. Selalu Fikri je drive sebab dia kata aku bawak macam siput. Luls. So, gigih laaa aku duk ingat jalan. Hahaha. Tapi nasib la tempat nak pergi ni takde lah belok sana belok sini. Senang sikit nak ingat. Walaupun cuak kebebeh.
So, my first interview, success! Congrats Intan! Hahaha. Kesiannya laaa kat manusia lurus macam aku yang susah nak ingat jalan. Huhu. Nasib laaa kena bebel pun kena bebel la dengan Fikri. Janji, dapat tunjuk jalan. Kikiki. And responden pun baikkk sangat bagi kerjasama. Walaupun aku macam kekok. Yelaaa sebelum ni interview assignment kan ramai-ramai. Ni sorang-sorang. Fuhh.
Harapannya moga-moga responden lain bagi laaa feedback. Senang kerja aku naik semester nanti. Amin! Tak sabar sangat nih nak habiskan FYP 2 and internship.
Till then.
No comments:
Post a Comment