Assalamualaikum. Hai.
Rasa macam ehh kejapnyaaaa dah masuk 4 bulan pregnant. 3 bulan pertama, nak buat aktiviti apa-apa semuanya berhati-hati. Tup-tup dah masuk 2nd trimester. Dah boleh lah kot beraktiviti sikit. Kalau tak, lemauuu.
So, bila dah masuk 4 bulan dan sementara jadi housewife ni kann, rajin lah jugak ajak Fikri survey barang-barang baby. Syoknyaa nak terima orang baru. Fikri & Intan Jr. Hihi. Aku fikir Fikri macam biasa lah kan tak berminat pon kalau survey barang. Sebab masa nak survey barang kahwin, kemain boleh bergusti lah orang kata. Haha. Tapi rupanya tak punnnn. Dia pun kalau di ajak survey, dia excited. Alhamdulillah.
Kenapa aku survey awal? Yelaaa untuk bini yang masih study and laki yang sorang kerja kena lah buat budget list awal-awal. Nanti boleh fikir dari mana duit nak datang. Haha. So, apa yang aku survey?
First! Breast Pump
Banyak rupanya kann jenama breast pump ni. Dari yang ratus-ratus sampai ke ribu riban. Fuhh! Berpeluh tengok satu-satu harga. Huhu. Antara jenama yang famous untuk breast pump..
Medela
Eve Love
Avent
Tomme Tippee
Snow Bear
Ni antara yang aku dah survey lah masa kat Baby Expo and google sikit pasal breast pump ni. Setakat ni paling tak mampu Medela la. Ahahaha. Untuk Avent, Tommee Tippee and Eve Love, harga around RM500++ lah. Dan Snow Bear antara yang mampu milik and feedback dari apa yang aku baca testimoni depa kata okay jenama ni walaupun murah. So, nanti kita pergi survey lagi kat kedai-kedai barangan baby. Nak beli mahal-mahal masih lagi tak mampu. Hihi. Student lagi kannn. Tapi takpe, murah ke mahal asal elok and function tetap sama. Takpe baby, botol nanti Ummi belikan mahal sikit. Ekekeke.
Breast pump ni penting lah untuk mak-mak yang masih bergelar pelajar ke dah bekerja. Senang untuk bagi baby susu ibu.
Second! Car Seat
Car Seat pun sama. Dari ratus-ratus sampai ribu-ribu. Kalau ikut survey Baby Expo, harga boleh pengsan laki bini. Haha. Sekali rupanya ada je harga mampu milik. Hihi. Setakat ni aku dah menjumpai target.
Sweet Cherry
Taktau kenapa berkenan benoo dengan brand ni. Haha. Padahal ada je brand lain yang harga lebih kurang. Tapi tetap jenama ni jugak berkenan dihati. Setakat ni masih survey melalui Encik Google je. Nanti ada masa, boleh pergi survey kat kedai baby.
Tang Car Seat ni, boleh lah serah kat Fikri sebab dia macam detail sikit la kalau nak beli. Dia mesti nak tengok berat ke tak, selesa ke tak, selamat ke tak. Gitu. Car seat pun penting untuk aku sebab lepasni nak pergi internship, kena hantar pengasuh. Lepas habis intern, kerja pulak. So, memang kena ada untuk keselamatan anak.
*************************
So, setakat ni, dua tu jelahh aku syok sangat survey. Kalau macam keperluan lain tu, keperluan yang kita boleh agak berapa harga, apa semua kan. Nanti keperluan yang tu kita buat check list lain. Lagipun baju ke botol, pampers apa semua tu Mak kata dah 6-7 bulan baru boleh prepare. So, sekarang kita watlek watpis je dulu.
Till then.
No comments:
Post a Comment