Assalamualaikum. Hai.
Happy 4 months dear little caliph! Moga awak sentiasa sihat and membesar dengan sempurna.
Sepanjang tempoh pregnant ni, orang akan tanya ada alahan tak? Setakat ni alahan tu masih boleh dikawal lagi. Alahan tu macam kejap-kejap je hilang dah. Baby so behave! Kalau muntah tu pon tak selalu. Takde la macam orang kata morning sickness yang teruk sangat tu makan apa semua muntah. Takde. Cuma selera makan je kadang tu berkurang.
My 1st trimester, tetiba aku macam tak boleh telan langsung daging lembu. Pandang pon dah loya! Padahal sebelum kejadian, okay je melantak kari daging kat rumah Mak. Haha. Sampai dah masuk 2nd trimester ni aku takut nak cuba makan takut muntah. Masa balik raya belah Fikri pon siap makcik-makcik dia masak soto cakap awal-awal ni takdak daging tau. Hahaha. Kesian.
Tu baru pasal daging. Sayur pulak, kena yang betul-betul masak! Separuh masak, makan separuh muka dah jadi hijau macam sayur jugak. Kahkahkah. Tapi petai aku boleh makan tanpa dimasak. Mengada kan? Tapi aku okay je makan apa pun. Cuma kuantiti sekali makan tu sikit tak macam selalu. Tapi kerap. Satu hari tak pekena nasi macam cacing kepanasan. Kahh!
Kadang tu gatal jugak dalam pikiran ni nak merasa lah orang kata morning sickness, muntah tahap teruk tu. Ish ish ish. Tapi harap-harap tak lah. Kejap lagi, kelas kemana, FYP kemana, aku kemana. Satu sem je lagi weyy nak habiskan. Jangan buat gila. Huhu.
Bila dah masuk 2nd trimester ni aku nampak selera makan aku kembali normal, kadang-kadang luar biasa lapar dia. Haha. Setakat ni, aku tak muntah teruk. Tapi akan nak muntah kalau Fikri kentut. Bhahaha. Macam orang lain punya cerita, tiap kali berus gigi tiap kali tu rasa nak termuntah, macam tu jugak aku. Tapi masih under control. Alaa biasa la orang pregnant kalau uwekk uwekk tu baru nampak macam pregnant kan. Hihi.
Cuma satu jela masalah aku rasa kadang aku nak nangis. Haha. Sakit pinggang and sakit belakang. Padahal kalau ikut pembacaan blogger lain, diorang kata nanti dah perut memboyot kan. Tapi aku dari awal pregnant lagi. Kalau naik kereta lama sikit, mula lah muka aku macam cencorot tak tahan sakit belakang. Hahaha. Tapi takpe lah, demi baby. Chayyokkk for another 5 months!
Till then.
No comments:
Post a Comment