Assalamualaikum. Hai.
3 days left. Sebeleum balik ke Parit Raja untuk mula semester baru.
Hmm. Perasaan nak mula sem baru and tambah lagi last semester kat UTHM of course happy. Walaupun sem depan intern. Tapi tak kira la kan sebab nak intern kat JB. Dekat dengan Fikri. Happy cemana pun, tetap rasa sayu. Sebab kena duduk jauh balik dengan Fikri. Jadilah laki bini hujung minggu je like sem lepas.
Siapa yang kahwin then PJJ laki bini, tau la macam mana perasaan tu. Huhu.
Dua bulan lebih cuti semester and fully housewife rasa besttt sangat. Walaupun ada la hari-hari yang membosankan bila duduk rumah sorang, tengok jam tunggu Fikri balik kerja. Tapi tetap lah happy tau. Sebab dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Penat tu tolak tepi. Walaupun Fikri kata tak payah laaa gosok baju and masak. Tapi tetap tamak pahala. Hihi. Bukan senang nak spend time together. Tengok Fikri makin 'sihat', bila family mertua cakap, "Intan yang preggy tapi Fikri yang badan naik" Happy lah kan. Itu menunjukkan kita memang betul-betul jaga perut suami.
Sekarang ni bila tengah preggy, cakap jela terasa nak makan apa. Walaupun dia kuat meyakat, tapi tetap dia bawak p makan. Terharu. Balik-balik kerja, nampak dia pegang plastik bungkus nasi lemak daun pisang. Baby pon happy! Hikhik. Nak gosok baju kerja pun dia kata tak payah. Kesian tengok aku bongkok-bongkok. Dah lah preggy. Tapi aku lagi kesian kat dia sebab habit dia lepas Subuh sempat selelap dua. Ngam-ngam bangun nak pergi kerja. Kalau baju tak gosok, baru lah hegeh-hegeh nak gosok. Kesian, kan? Jadinya, dia pergi kerja, lekas-lekas aku gosok baju kerja dia. Dan tiap kali gosok aku akan kira berapa minggu lagi laaa aku dapat buat semua rutin isteri ni. Yelaa balik Parit Raja, dia la kena buat rutin ni semula kan. Ishh. Menaip ni pun rasa macam nak nangis. Huhu.
Tak sabar nak habiskan study. Nak jadi fully husband and wife. Nak buat semua benda untuk dia.
Ada orang cakap, "Alaa JB dengan BP bukan jauh mana. PJJ tu dekat je" Tapi cuba kau dah kahwin, dekat sejengkal tapi kena duduk asing. Kau tak boleh pon jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Apa rasa? Sayu. Terkilan. Kadang tu rasa macam useless. Nak balik tiap minggu pon kena fikir tol and minyak. Jadi, kena sabar je selalu.
In fact, bila dah kahwin dah duduk serumah, kau akan rasa rumah kau berdua tulahhh syurga buat korang. Susah senang, bahagia, pahit manis, semua kat rumah tu. Tu akan buat lagi sayu untuk aku duduk jauh-jauh dengan husband. Tambah lagi tengah preggy kan. Siapa lagi yang akan faham and tenangkan kite bile kite stress ke tak selesa ke. Husband jugak. Huhu.
Aku memang. Sejak dah nak masuk 5 bulan preggy ni, aku lagi tambah sensitif. Entah kenapa. So, hargailah waktu berdua bersama duduk serumah. Jangan asyik nak mengeluh. Segala keringat tanggungjawab yang kita buat untuk husband tu pahala. Kalau husband cakap masakan kite tak sedap pun, pekakkan je telinga. Huhu. Kalau tetiba husband berangin tu, diamkan aje.
Last but not least, setiap kali husband balik kerja jangan lupa senyum kat husband and said, "Yeayy awak dah balik kerjaaa" *Sambil tergedik sikit* Bhahahaha. Walaupun husband kata gedik tapi dia senyum. Kahkahkah.
Till then. Selamat berdrama ayaq mata Isnin depan!
No comments:
Post a Comment