Monday, March 2, 2015

Selepas bergelar isteri

Assalamualaikum. Hai.

Seminggu sudah bergelar seorang isteri yang comel kepada Fikri. Mihmih. Orang tanya apa perasaan? Mesti lah best sebab dah jadi wife orang. Tapi untuk perkahwinan jarak jauh, weekends husband and wife banyak cabaran. Kalau orang kata dulu okay je jauh-jauh, sekarang tak boleh pulak? Haa.. Kahwin dulu baru tahu perasaan seorang isteri tu. Haha!

Kami bernikah pada 20 februari, majlis pada 21 Februari. 22 februari Fikri dah balik ke JB dah sebab nak save cuti sementara aku pon dah start kelas Isnin tu. Kalau dulu lepas je jumpa, partner balik babai babai naik bas pon okay je. Sekarang meraung weyhhh! Sayu kena tinggal. Seminggu tu emosi tak stabil. Haha. Tiap malam dok gayut. Masa bercinta pon tak gayut teghuk macam tu. Haha.

So, last week baru dapat jumpa lagi dan lama sikit la dapat spend time. I is happy. Walaupun PSM dah mengejar dah. Tapi lupakan sekejap! Nak jumpa husband. Eee mengadaaaa. Haha. Dah seminggu tak jumpa nak anje-anje je. Kahkah.

Tapi aku perasan laaa sejak dah kahwin ni, aku malas dah nak berjalan. Dulu, kemain happy je siap paksa ajak bawak jalan. Sekarang malas! Fikri kata malas nak bersiap lettew. Yelaa nak memerap je nak tengok muka laki sendiri 24 jam. Haha. 

I'm just happy bila dapat berkhidmat untuk husband. Masak untuk dia, layan dia makan, layan dia mengada. Sambil tu merajuk-merajuk dengan dia. Best kan? Dulu sebelum kawen, tak koser dia nak layan kalau aku merajuk. Lantak ler sana nak merajuk. Tidur lagi bagus konsep dia. Haha. Sekarang merajuk kena pujuk. Bhahaha. Sebab apa merajuk? Sebab dia kan memang aku perati jenis lelaki cerewet pastuh mata dia tak boleh tengok rumah bersepah ke apa-apa la. Aku pulak jenis macam tu jugak. Tapi kalau dah ada yang mulut potpet cemtu macam kita tak buat kerja, aku tak koser nak layan. Hahaha.

Lastly, aku merajuk. Tak dapat nak adapt perangai husband. Wakakaka! Padahal aku okay je. Sebab sekarang takde rumah sendiri lagi. Jadi, nak buat apa pon aku janggal sebab ada orang lain dalam rumah tu. Sebab tu naaaaakkk sangat paksa-paksa dia cari rumah sewa jugak. Jadi nanti boleh lah fefeeling seorang isteri yang comel lagi serba boleh. Best kan dapat buat apa je dalam rumah sendiri. Nak jaga makan pakai suami pon selesa dan bahagia je. 

Bila dah kahwin baru dapat cari persamaan iaitu suami isteri cerewet! Cerewet yang cannot go. Aku cerewet dari segi penampilan and Fikri pulak cerewet hal dalam rumah. Pantang bersepah sikit. Aku pulak scary tengok husband terlampau pembersih. Bhahaha. Tapi bagus la kann. Bukan semua laki yang rajin and pandai pasal hal rumah. Tu walaupun scary, tapi aku jatuh cinta tengok dia ringan tulang. Auww! Masak pon rajin tolong kupas bawang. Dah alang-alang rajin, kita buli la dia sikit. Suruh itu suruh ini. Kahkah!

Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Sebelum ni aku risau dia tak sabar if satu masa lepas kami kahwin kami kesempitan kewangan. Tapi aku silap sebab sabar dia tahap aku tengok pon aku insaf. Hewhew. We support each other. Selalu tiap kali susah tu both bagi kata-kata positif. Harap kekal macam tu. Jadi isteri sambil tu jadi student full time bukan mudah. Ada masa akan down. Nak manage masa lagi kan. But, I knew Allah has a better plan. 

Sehari je bergelar isteri orang dah tanya pasal anak. Haha! Kami cuma doa Allah beri pada waktu yang sesuai. InsyaAllah. Fikri nak anak 5! Auwww anyaknyaaaa. Hahaha. Cenni tak payah kerja la kan. Kerja jaga anak kat rumah je. 

Walaubagaimanapun, aku happy je dengan perkahwinan ni. Hari-hari bila dekat dengan dia akan belajar perkara baru. Tapi kadang-kadang tu masih tak percaya aku dah kahwin. Luls! 


No comments:

Post a Comment