Wednesday, March 4, 2015

Kahwin masa belajar.

Assalamualaikum. Hai. 

Seronok yee dah kahwin. Hihi. Lagi lah seronok satu hari duduk together dah kena pjj. Hewhew. Seminggu nak nangis macam mengada tahap nak kena sepak.

So, best ke kahwin masa belajar ni? Sekarang ramai dah kot kahwin time study ni. Pada aku, ada pro and cons nya. Kalau orang kata, kau boleh laaa kahwin Mak Pak family banyak duiitt. Tu selalu lah aku fikir dulu. Hihi. Tapi sebenarnya tak semua ye anak orang senang. Now I know, jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan. Tuhan dah tetapkan jodoh dan bile kita akan kahwin.

We decided to get married after 3 years have been 'friend'. Mihmih. Bagi aku, nak buat apa lama-lama bercinta kalau akhir nanti nothing pon. At least bila kahwin hubungan dah jadi halal. Kita ni iman bukan tinggi sangat pon. Bila-bila masa boleh goyah. Kan?

Tapi nak kahwin ni tanggungjawab besar. Nak fikir hal rumahtangga. Nak fikir hal belajar. Nak fikir mana nak carik duit nak kahwin. Huhu. Semua tu kena kuat fizikal dan mental. Belum lagi orang dok kata macam-macam. Hewhew. Semua tu kena bersedia je. 

Kawan aku tanya mana nak carik duit nak kahwin. Sumber utama mesti la Fikri sebab dia kerja. So, dia lah yang kena banyak kumpul. Ikat perut lagi. Kesian. Aku pulak kumpul bila dapat PT, aku asing sikit. Sebelum nak kahwin dapat biasiswa bahagi duit belajar dengan nak kahwin. Make sure cukup duit untuk hal belajar. Memang tahan nafsu je nak shopping. Tapi curik-curik jugak untuk keperluan diri kan. Kihkih.

Kalau ditanya berapa banyak habis, memang banyak! Kumpul duit kahwin selama 3 tahun untuk dihabiskan sekelip mata. Fuhhh! *Lap peluh* Bukan senang ye. Dalam masa tu jugak terasa hidup dipandang hina orang. Kehkeh. Takdak kereta pon sebab fikir tak penting lagi. Dah nak kahwin baru beli. Sempat laa merasa dihina. Kahh! 

Bagusnya Fikri dah ajar dari awal untuk sederhana. Dan untunggg dia dapat bini jenis boleh pikiaq lebih jauh. Kahh! So, mana benda yang tak penting kami tak buat. Orang nak kata apa, kata lah! Hati memang sedih ye kalau dihina. Tapi hina lagi orang yang menghina. Mihmih. Barang hantaran takdak pon. Masa tunang takdak, menikah pon takdak. Rasa tak penting. 

Pernah kata kat Mak nak buat kenduri doa selamat je. Tapi Mak kata macam tak patot. Tapi fikir Abah dah pencen apa semua, kesempitan kewangan buat aku nangis hari-hari. Macam hal jadi, sampai nak tersungkur. Tapi Allah kata, aku akan bernikah pada waktu dan tarikh sekian sekian, maka jadi lah seorang isteri kepada Fikri pada hari ini. 

Susah ye nak kahwin sementara kita takde monthly income. Banyak bersabar kalau hati dah kuat untuk menikah. Percaya pada rezeki Allah nak bagi. Percaya pada setiap dugaan Allah hadiahkan kebahagiaan. Sebelum kahwin memang banyak sangat dugaan sampai rasa takmau kahwin. Tapi lepas bernikah, Allah banyak mudahkan pelbagai urusan. Allah bagi kawan yang sentiasa bagi sokongan dan kata-kata positif. Allah hadiahkan suami yang sangat senang nak jaga dan ringan tulang walaupun cerewet tahap isteri nak merajuk je! Hahaha. Disamping masih lagi boleh jaga Mak Abah selagi masih duduk sebumbung. 

Kahwin masa belajar ni kena terima hidup susah. Tapi aku rasa laki bini yang bekerja pon akan rasa susah lepas kahwin. Cuma lagi tough untuk salah sorang je kerja. Orang hina dan dengki untuk tambahkan kesusahan pon kau kena sabar. Percaya Allah akan bantu. Aku pon dok pikiaq je kenapa ada manusia busuk hati. Tapi hati depa mana kita nak tahu. Depa nak senang sorang kott. Hihi. Biaq p kat depa kan. Janji kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan. 

Berdikari tu penting. Apa lagi sentiasa jadi manusia bersyukur. Tuhan bagi rezeki cukup-cukup makan pon bersyukur, Tuhan datangkan ujian sampai nak tersungkur kena sabar dan ikhlas.



So, good luck sesiapa yang nak bernikah! Moga Allah permudahkan ye :)



No comments:

Post a Comment