Wednesday, March 11, 2015

I'm happy to be around you

Assalamualaikum. Hai.

Menjadi seorang weekends wife adalah sedikit mencabar. Ada pro dan kontra nya. Allah tahu apa terbaik untuk aku untuk Fikri. Walaupun 3 tahun berkawan pun masih tak cukup untuk mengenali untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan berkahwin. So, jauh-jauh boleh lah sesekali jumpa mengada-ngada, anje-anje, merajuk-merajuk. Mihmih. 

Bagi aku, mula-mula je sedih amat bila kena tinggal. Wuwu. Tapi minggu seterusnya emosi lebih stabil kot. Malaih nak pikir sebab kalau pikir bukannya suami kite tu datang sini. Huhu. Tetaplah boleh jumpa hujung minggu atas faktor tanggungjawab masing-masing kan. Dia busy kerja, aku busy study. Tambah pulak sekarang ni dah start buat FYP 1. Fuhhh mencabar! Nak baby, nak buat FYP. Haha! Fikri kata, sabar dulu. Huhu. 

Dah kahwin ni semua best lah. Mana ada tak best. Walaupun sebelum nak kahwin macam-macam dugaan yang datang. Tapi kawin jugak kannn. Memang lah best sebab tak risau tetibe nak menggatai kan. Gatai lah dengan laki sendiri. Nak jalan mana-mana, cuti mana-mana pun ajak je laki sendiri. Tenang. Huhu! Walaupun kadang-kadang tu gaduh anje-anje. Hewhew. Tapi dah masak sangat dah perangai masing-masing kalau gaduh tu. Jadi, tak huru hara sangat pun. 

Kata orang, lepas dah kahwin ni baru tahu pasangan kita punya perangai sebenar. Betul la tu. Aku tak tahu lah Fikri dah jumpa belum perangai sebenar aku. Hewhew. Kalau dia, paling ketara pun seorang yang cerewet dari segala hal dalam rumah. Fuhh! Tapi bagi aku, okay lah kannn walaupun kadang annoying siap tanya buat muka innocent dia terima aku seadanya ke tak. Haha. Tak boleh terima sebab laki sendiri cerewet tahap nak gaduh anje-anje dengan bini. Haha. Aku cemtu laa.. degil! Kohkohh. 

The best part is, bila hubungan dah halal, semua kebaikan yang kita buat is pahala. So, kumpul banyak-banyak. Duduk jejauh ni pon boleh jugak kumpul cuma tak boleh nak jaga pasangan kita hari-hari. So sad. Kadang tu rindu sangat tahap nak menangis. Tapi Fikri cakap rindu sekarang dapat pahala. Cuma yelah, sabar. Bila ada masalah je mengadu kat Fikri, dia dengar dan nasihat. Dan nasihat tu kena dengar! Tak boleh nak lawan sangat. Kahh! So macam masalah pemakaian purdah. When someone ask me to open, Fikri said no, so no. Gittew. Selaluuuu mintak dia doakan aku. Tak dapat jaga hari-hari, dia mendoakan aku kat sini baik-baik je pon dah cukup bahagia. 

One thing dia ajar dan aku pegang sampai sekarang. Kita akan lebih menghargai sesuatu jika kita bersusah untuk mendapatkan. So, semua pun tahu kehidupan selepas kahwin akan jadi susah sementara. Perlu masa untuk stabil. Tapi bila dia ajar aku untuk sederhana, hati aku redha dengan kesederhanaan. Semua perkara pun akan buat dengan sabar. Tak dapat rumah sewa muroh-muroh pun sabar je. Allah Maha Tahu. 

Aaaand.. izinkan saya jadi ketua bidadari untuk awak di syurga nanti. Love u suami. 


No comments:

Post a Comment