Tuesday, February 24, 2015

He's the one :)

4 days ago..

"Aku terima nikah Intan Saleha Binti Mohd Ma'som dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunaiiii"

Sah! Sah! Sah! Alhamdulillah.

Sekelip mata je rasa dah jadi wife orang. Masih tak percaya. Aku taktahu nak gambarkan macam mana. But, I'm happy, we're happy. Yeay! Dah halal!

Dia, jodoh terbaik seorang lelaki terbaik yang Allah beri untuk aku. Alhamdulillah. Terima kasih bersusah payah untuk mengahwini saya :') Ups and downs, we still together. Susah senang jatuh tersungkur pon masih tetap lagi tak putus asa. Dugaan datang dan pergi pon masih lagi setia bersama. 

Kita belum lagi senang. Tapi bahagia tu sentiasa. Kita masih lagi bertahan dengan ujian dari Tuhan, sampai suatu saat kita mahu tersungkur Allah bagi bahagia. Kita selalu dipandang rendah, tapi awak tak pernah kisah. Sebab awak selalu cakap, Allah Maha Tahu. Awak didik hati saya untuk sentiasa berasa 'cukup' dengan kehidupan yang sederhana buat hati saya sentiasa redha untuk tidak bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Dugaan Allah tak pernah henti, tapi kita masih lagi mampu sabar walaupun hati menangis. 

Kita tahu ini dugaan buat kita dalam perjalanan 'hijrah diri' mendekati Tuhan. Tuhan nak kuatkan hati kita. Biarpun orang menghina dan memandang rendah. Biarpun orang mencaci. Kerna kita tahu, saat kita mahu tersungkur, Allah tetap ada untuk kita. Selalu.


InsyaAllah, kita akan bahagia dengan kehidupan baru kita ini. Moga kita kuat. Moga jodoh sampai syurga. 

I love you, husband.


No comments:

Post a Comment