Saturday, February 14, 2015

Perasaan nak kahwin

Assalamualaikum. Hai.

Amboihhh kerja sekolah takmau buat! Asyik dok pikiaq hal kawen ja kan? Hahaha. Dah lah naik semester baru ni dah start buat FYP 1. Pastuh sv suruh carik maklumat sikit-sikit. Tapi pemalaihh. Huh. 

Okay. Lagi 6 hari jeee. Huh! Belum rasa nervous. Tapi bila dengar kompang jiran kawen terus tetiba nervous. Lol! Aku kalau boleh nak kahwin cecepat. Sebab selagi tak majlis selagi tu dok pikiaq, gheja lain tak boleh buat! Ishh over betul. Haha. 

So, apa perasaan? Perasaan tu mestilah best kan. Nak ada partner yang akan teman kita seumur hidup, insyaAllah. Manusia penting after Mak Abah yang mampu terima kekurangan kita kann. Adik beradik pon tak mampu kadang-kadang! Lol. Aku suka la sebab boleh teman aku susah dan senang. Gitu. Nak p mana pon Abah dah tak risau dah sebab ada Fikri dah. Acecehhh. 

Tapii kadang tu aku sedih. Sebab lepasni tak boleh dah la sikit-sikit Mak. Tak boleh. Kena pentingkan suami. Ni sekarang aku belajar dekat dengan rumah. Ada la lagi setahun nak menempel kat Mak. After setahun, kena ikit suami dengan hati yang rela. Huhu. Dah sedap duduk dengan Mak Abah kan selama 3 tahun ni. Tiba-tiba, kena ikut suami. Sedih! Tapi kalau kata kat Fikri, teruih dia kata, "Elee macam dia je anak Mak dia." Jahat kan? Dia tu suka cakap benda-benda annoying. Sekarang yang aku nampak kalau cakap tu dia je nak menang. Menyampah. Biasa dia tu!! Hahaha. Sekarang jela nak melawan sikit-sikit. Nanti kahwin tak boleh, dosa! Kahkah. 

Pastuh kadang Mak aku suka buat ayat sedih. Aku malas nak layankan. Sebab nanti aku pon sedih. Habis nak buat cemana kann. Yelahh dah jaga Mak sejak Mak sakit teruk dulu sampai sekarang. Walaupun aku selalu berperangai annoying, tapi aku sayang sangat kat Mak. Haha. Cakap macam orang lain tak sayang Mak dia. Kahkah. Entah. Kalau dah duduk lama dengan Mak korang pastuh tengok Mak korang sakit teruk, baru ada perasaan yang macam mana entah. Susah nak cakap. Huhu. And aku anak last kan. Yang selalu jugak Mak mengadu itu ini. Jadi, lagi la berat hati nak tinggalkan. 

Perasaan nak kahwin ni macam-macam. Kadang takot pon ada. Yelaa tanggungjawab tu kena pikul pon berat. Lagi aku student kan. Huish. Nasib la Fikri kena redha aku ni student lagi. Haha. Setahun je lagi kat sini. Risau. Mungkin nak biasakan diri mula-mula tu payah. Tapi aku ni cepat tersedar lah jugak. Terus macam rasa tak boleh jadi kalau dok khayal je kann. Apa yang aku nampak, sv aku ni jenis memahami and suka bagi nasihat. So, mungkin dia yang akan bagi aku nasihat kalau aku down. Kita sama-sama perempuan berkahwin kan. Kalau nak kahwin, kena cari tips dari orang dah kahwinn. Cemtu jugak kalau orang nak berhijrah tu kena cari orang dah berhijrah. Dia kan paham sebab dia dah lalui. Gitu.

So, lalui jelahh. Bak kata Fikri, apa nak jadik, jadiklah! Kita bolos saja dinding ituuu!!! Hahahaha. 

Doakan semua berjalan lancar. Amin!

No comments:

Post a Comment