Assalamualaikum. Hai. Lama dah rasa tak update blog. Busy keee?? Hmm tak jugak.
Bila tengok kat sidebar, ehh dah nak setahun dah bertunang dengan tunang kesayangan. Miahaha. Kejap je masa berlalu. Jangan mengada tanya bila nak kahwin! InsyaAllah tahun depan! Memang ikat setahun setengah pon. So, plus minus dalam tempoh tu lah. Moga dipermudah urusan.
So, for the first timeeeee aku pergi melawat kawasan. Bhahaha! Asyik dia je kann datang rumah aku jumpa family. Dah tentu dia pon kerja dekat JB. Aku memang tak pernah pergi kampung dia. Kedah tu kann jauh nun di sinun. Memang tak la kann Abah nak bagi. Nak pergi senyap-senyap pon tak berani sebab setakat ni masih mintak izin Abah atau Mak kalau nak pergi mana-mana yang jauh sikit. Especially dengan dia.
Jadinya, sebelum kahwin dia ajak lah balik kampung kenal-kenal family. Biar tak janggal. Kot? Mak cuma bagi izin bulan 10 paling lewat. Sebab dah tinggal berapa bulan je lagi kan. Orang kata darah manihh tak boleh buat sembarangan. Makanya, Raya Haji haritu ikot laaa encik tunang. Hihi. Dengan izin Abah.
Pergi bukan berdua tapi berlima. Dengan FBIL & Future biras with their son. Hihi. Diorang kata, belajar laaaa tempuh jammed nak balik utagha! Tapi aku macam okay je lah kot! Sebab bukan tak pernah hadap kan. Setakat ni paling lama hadap 3 jam utk 1km-2km dari Singapore nak ke Second Link! Pfft!
Balik Kedah mula-mula je macam memalu lah konon. Haha. Sampai nak tidur pon takot. Sebab takut terlajak. Kahkah. Tapi disebabkan sampai pukul 5.30 pagi dan sampai je borak-borak, mata kemain rabak dan tidur jugak! Sejuk sangat kat kampung dia tu. Memang kawasan gunung lah kot? So sejuk Ya Rabbi. Sampai jadi udang meringkuk! Tiba-tiba je bangun tengok dah ada orang selimut kan. Comel je FMIL ku. Hihi.
Petang tu dah pergi merayap rumah Tok (nenek) belah Abah Fikri. Sebab macam bosan je kan. Tok dia datang masa tunang. Masa tu kannnn Ya Allah seram nak pandang sebab Tok dia pandang macam nak makan orang! Haha. Tapi sebenarnya dia okay je. Orang tua kan memang macam tu. Kalau kita pandai layan dia, dia okay je. Orang tua ni nak kita borak-borak dengar dia cerita. Kan? Petang raya dah rasmi makan lemang dulu kat rumah Tok. Tak malu betul. Haha. Siap cakap kat Tok, "Kita dah takde atuk dengan nenek, jadi kite tumpang kaseh laaa kat sini". Terus dia cakap, "Haa jangan nak loqlaq sangat lah." Grr. Hahahaha. Ingat kite nak bodek dia lettew.
Pagi raya jugak first time gosokkan baju Melayu tunang. Cehhh. Menyampahnyaaa dengar! Hahaha. Baju melayu dari hantaran masa tunang. Terus terpikat soploh doploh kali dengan tunang sendiri. Bhahaha! Petang tu pergi raya rumah Tok kat Baling belah Mak Yam (Biras cakap kena bahasakan Mak Yam bukan Mak Fikri sebab bukan Mak dia sorang je) Kahkah. Sebenarnya, aku tak tahu nak panggil cemane. Kehkeh. Seronok weyhhh rumah Tok kat Baling. Sebab rumah dia dah lah rumah kampung betul kan. Pastuh sebelah sungai. Sempat cakap kat tunang, "Ha ni mesti masa kecik-kecik awak suka terjun sungai kan?" Terus dia cakap "Terjun dengan Kak Long Kak Ngah Abg Wan" Tapi takut jugak sebenarnya sebab air dia deras.
Aku sebenarnya memang suka gila rumah kayu kampung. Rumah impianku. Cehh. Tapi bila malam, aku takut kalau duk rumah kampung jenis kayu sebaaabbbbb. Haa. Hahaha. So, nanti beli je rumah batu okay Intan. Cari yang kecik-kecik je sebab kau tu dah lah penakot! Haha.
Balik Raya Haji for the first time. Kat tempat bakal husband. Sedih? Ermm tak jugak lah. Sebab kat Johor kalau Raya Haji kan tak meriah sangat. Tak macam kat belah utagha sana. Teruja jugak la sebab pagi raya je saudara mara keliling datang lepak-lepak. Siap pergi beraya.
Bagi aku, kenal-kenal dengan family tunang satu pengalaman yang best. Takot jugak mula-mula sebab aku ni jenis tak banyak bercakap dengan orang yang aku tak berapa kenal. Tapi realitinya, family dia saudara mara dia tersangat lahhhhh peramah. Tak janggal langsung. Best sangat lah kann. Happy je. Tak rasa macam "Heshh bila laaa nak balik Johor ni" Memang tak rasa. Mak Abah pon dah pesan kena pandai-pandai bawak diri pergi rumah bakal mertua.
Walaupun orang kata ishhh over betul baru tunang dah raya rumah bakal kan. Tapi hakikatnya, memang Fikri akan balik kampung time Raya atau ada kenduri je. Jauh kott. Kena fikir kos pergi balik. Kena fikir nak kahwin banyak pakai duit. Sebab tu lahh aku ikot dia balik time raya. Lagipun, Abah bagi kalau ada orang lain yang ikot. Bukan balik jejauh berdua. Hee.
If you want to be happy, you need to work for it. Dan kami, memang tersangat lahhhh struggle utk menghalalkan hubungan ni. Kadang-kadang dua-dua pon stress tapi dua-dua pon taknak mengaku. Haha. Nak kahwin ni bukan boleh main redah. Fizikal mental kena kuat. Kena perbaiki diri sebab kita nak besarkan keluarga. Lahirkan zuriat, kembangkan generasi. Ye dak? Hihi. Moga Allah bantu :)
Till here, daaa.
No comments:
Post a Comment