Saturday, October 11, 2014

Repeat kali ke 3

Asslamualaikum. Hai.

Last Thursday haritu, aku-Kak Nina-Sue menduduki Muet kali ketiga. Bhahaha. Susah naw nak lepas Band 3 kannn. Selesa beno kat Band 2 dia tuww. Pertama kali, amik kat Poli masa muda belia remaja. Gittew. Second, awal tahun haritu. After 4 years kann.. Weolls memang blur! Boleh datang kali kedua tu sebab saje-saje nak biasakan diri. Boleh? Haha. Padan muka tak lepas lagi. Orang kata amik kat Sekolah senang dapat Band 3. Tak yee kawan-kawan.Sila jangan percaya. Sebab segala band pon terserah pada diri sendiri. Kalau dah memang lidah melayu totaaap la liat!

So, kali ketiga ni saje try amik kat UTHM pulak. Katenye senang jugak. Sila jangan percaya jugak. Haha. Banyak betul pengalaman kan. Miahaha. Pepagi kena speaking memang blur! Daftar je terus nampak kat barisan giliran kami tu student foreigner! Alamak! Doa-doa tak kena dengan mereka. Sebab kita expect diorang memang fluent speaking English. Sekaliiiiii haaa hamikkkkkk kena jugak dengan 2 foreigner! 1 dari Somalia 1 lagi dari Arab. Student PhD lagi. Hamiikkkkk. 

Tapi depa ni memang tak pernah attend Muet class atau ada buku rujukan Muet. Memang kita bolos saja dinding ituuu. Syarat konvo kat sini Band 3 Muet ye kawan-kawan. Tiba giliran tu, masuk jeee si perempuan Arab ni dah buat spoil duduk kat meja examiner. Miahaha! Lawak sungguh. Depa memang tak tahu konsep Candidate A-Candidate B-Candidate C-Candidate D. Zero uolls. Next, bila examiner suruh baca dan tulis point masing-masing, sekali lagi si Ara (perempuan arab) ni tanya untuk apa kertas kosong yang mereka bagi. Buat lawak. 

Aku as candidate A. Aku memang doa tak dapat candidate B sebab agak susah biasanya point dia. So, aku explain point aku. Pastuh candidate B si lelaki Somalia (Abdullah) pulak explain. Tu diaaaaa tak berhenti bercakap! Bhahaha. Sampai examiner kata okay boleh stop sekarang. Candidate D pulak Malaysian la. Lelaki. Fakulti mana tak hingat. Dia boleh pulak salah tajuk. Means dia sukahati amik point candidate lain. Jadinya bila dia kena explain point dia, dia jadi macam err err. Kesian.

Okay. Next, discussion. Aku mulakan lah. Pastuh kan memang konsep speaking ni macam kita akan tanya, "Okay how about you candidate C" Gitu kannn. Tapi si Abdullah pulak yang bebel tot tet tot tet tak berhenti. Pastuh dua-dua student foreigner ni buat discussion tu macam borak biasa. Lawak betul. Memang tak berhenti bercakap tak bagi peluang orang lain nak jawab. Kuajakkk. 

Tapi aku rasa kali ni punya aku dah tak nervous lah. Biasa-biasa je. Keluar dari bilik tu, terjelepok jatuh kat depan. Bhahahaha. Buat malu betul. Sakit pulak tu. So, kesimpulannya memang semua orang pon kalut! 

Dengar-dengar bajet 2015 ni kena dapat Band 4 untuk konvo. Mati la nakk oiii. Nak dapat Band 3 pon rasa tercirit! Harap nanti syarat tu dibubar. Kahkah. Sebab bakal konvo 2016. InsyaAllah. Moga Allah permudah.

Okbai.

No comments:

Post a Comment