Thursday, March 31, 2016

Road to baby : Part 1

Assalamualaikum.

Haiii lamaaanyaaa ummi tak tulis kat blog ni kannn. Dah selamat pun melahirkan anak ummi yang comel dan bijak!

Disini, ummi ceritakan la perjalanan ummi dalam melahirkan awak ye sayang. Moga awak ingat pengorbanan ummi lantas awak mampu menjadi anak yang baik mentaati kedua ibu bapa mu.

13 Januari 2016 - 38 weeks

Ummi pergi check up di KK Taman Sri Orkid since ummi dah punn kembali ke pangkuan apak. Hihi. Jadi, ummi pon transfer check up di KD Skudai. Doktor check perkembangan awak. Doktor kata berat awak dah 3.2kg. Semangatnyaa anak ummi ni. Doktor kata awak sihat, kepala pun dah engaged dengan pintu nak keluar. Doktor tambah lagi, kemungkinan awak keluar minggu tu jugak. Ummi is happy! 

Keluar bilik doktor, terus cakap kat apak berat awak and cakap kemungkinan awak keluar minggu tu jugak. Apak tanya, girl ke boy? Malangnya, doktor kata baby want to suprised! Jadi ummi apak pun sabar menunggu.

02 Febuari 2016 - 40 weeks 2 days

Nampak tak kat situ? Ummi and apak tunggu punya tunggu punya tunggu, awak tak keluar pun! Ummi pon merajuk dah dengan awak kan? Hihi. Ummi kata kat apak doktor tu tipu ummi. Haha. Nurse siap tanya kat ummi, "Intan, awak tak beranak lagi yeee" Terus ummi senyum kambing sambil geleng kepala. Ummi dapat tarikh admitted 06 Febuari 2016. Tak payah tunggu awak keluar dah. Terus je serah diri kat hospital. 

04 Febuari 2016 - 40 weeks 4 days

Malam tu ummi and apak tidur dengan nyenyaknya. Tiba-tibaaa ummi rasa ehh ape basah-basah ni. Apak siap suluh pakai torchlight handphone sebab gelap. Hihi. Terus apak gelabah. Apak kata nak pergi hospital tak? Masa tu baru pukul 2 pagi. Ummi cakap tunggu pagi je. Okay lagi nii. 

Pagi tu lepas Subuh ummi apak pergi hospital. Lepas je doktor tanya itu ini, doktor check pakai muncung itik tu. Sakitnya, Allah je yang tahu tau nak. Doktor kata, air mentuban tak pecah pun lagi. Jalan pon kecik sangat je lagi. Doktor tambah lagi hari untuk ummi serah diri. Doktor cakap suruh datang 10 Feb kalau ummi tak sakit nak beranak lagi. Jadi ummi apak pulang dengan hampa. 

05 Febuari 2016 - 40 weeks 5 days

Sepanjang hari keluar lendir je. Tapi semua kata, ohh tu takde pape. Ohh tu lama lagi. Ummi pun positive and merajuk hati sikit nak pergi hospital. Nanti doktor kata ummi belum nak beranak lagi. Huhu. Tapi magrib sedang ummi dengan apak tengok TV, tiba-tiba jeeee air keluar dengan banyaknya. Terus ummi berlari pergi toilet. Apak tengok je air keluar banyak sangat. Terus kami pergi hospital.

Sampai hospital pukul 9 malam. Doktor check lagi. Doktor pelatih tu kata takde pun air mentuban yang keluar tapi bukaan dah naik 1cm. Huuu baru 1cm keee?? Tapi something not right kat situ. Depa double check dengan MA. Then, MA confirmkan memang air mentuban yang pecah. Terus ummi gumbira. Huhu. Terus cakap kat apak. Malam tu jugak ummi kena masuk labour room.

Ummi rasa ummi comel sebab pakai baju warna pink! Ahaha. Sepanjang malam, apak temankan ummi sebab doktor yang jaga ummi baik hati bagi apak masuk teman ummi. Start malam tu la doktor bagi ummi ubat induced. Tapi sakit still mild lagi. Contraction mampu lagi ummi tanggung. Jam nak dekat jam 12, apak siap cakap kat ummi, "Baby nak keluar 06hb kott" sambil senyum. Sebab birthday dia pun 06hb jugak. Cehh! 

Dah esoknya pun, awak tak keluar lagi nak. Start 7 pagi, ummi dah muntah hijau sebab ummi nangis contraction terlampau kuat. Apak pujuk ummi jangan nangis nanti muntah lagi. Masa tu ummi dah tak rasa ummi pakai baju pink tu comel. Huhu. MA yang check laluan and air mentuban tu siap pujuk ummi sebab ummi kata ummi nak stop taknak ubat induced. Ummi nangis macam budak kecik. Huhu. Lawak pulak rasa kalau ingat balik. Ummi merengek-rengek kat apak je. Setelah kena pujuk, ummi teruskan and dia bagi ummi ubat tahan sakit lagi kuat.

Tapiiii start pukul 12, sakit tu datang balik yang kuat punya yang tak tertanggung. Ummi nangis and rayu-rayu kat doktor lagi nak ubat tahan sakit. Tapi doktor tak bagi sebab dah lama sangat. So, bila contraction lagi kuat, bukaan lagi kuat. And doktor taknak nanti bila awak ready nak keluar awak tidur. Doctor wants u to cry, baby! Ummi also cry. Haha. 

Doktor cakap pukul 4.30 ptg ummi dah boleh deliver. Tapi lepas je check bukaan, baru 8cm then doktor bagi masa 2 jam! Ummi nangis lagi kat apak cakap ummi dah sangat-sangat tak larat. Sebab ummi dah takde tenaga dari malam bawak ke siang bawak ke petang tambah lagi muntah. Apak pun rayu kat doktor nak bagi ummi at least air milo tapi doktor tak bagi.

Kat luar labour room, atuk nenek mama aza papa jaja, mama liza papa yuyul semua dah tunggu awak tau sayang. Tapi ummi still in labour room menahan contraction. Nenek call ummi pun ummi tak tercakap sebab tahan sakit.

Pukul 5.30, doktor ready untuk tolong ummi keluarkan awak. Dalam hati ummi legaaa sangat waktunya dah tiba! Doktor and nurse ramai-ramai tolong ummi. When they say, "Pushhhhhh!!!" Ummi pun pushhhhh sambil keluar suara. Eh nurse kata jangan keluar suara, nanti tenaga hilang. Bila ummi dah berapa kali push tapi tak berjaya, doktor dan nurse pun tolong tolak perut ummi. Ummi rasa macam ummi tengah main rugbi kena asak! Hahaha. Aaaannnndddd pada 5.59pm, lahirlaaahhh awak kat dunia ni.

Nurse ask ummi, "Perempuan ke lelaki?"

........Bersambung........ 

No comments:

Post a Comment