Assalamualaikum. Haiii.
Ehemmm another 3 weeks before i'm married. Nervousnyaaa!! Tapi tak sabar nak kahwin. Nak hubungan yang halal. Senang dahh nak p mana boleh bawak zauj. Tak risau. Dijamin halal! Hewhewhew.
So, some of them tanya, "Nanti kahwin bersanding ke? Sebab dah pakai purdah kan?" And I said "Yes" Why? Sebab dalam hal ni sebenarnya rumit. Mana kita nak jaga hati family especially parents, mana kita nak jaga hati bakal zauj. Pening tau. Tapi sebenarnya 'bersanding' bagi aku is jalan berarak dan duduk atas pelamin untuk ambik gambar dengan kawan dengan saudara dengan family. Cemtu la. Takde laa renjis-renjis dipilis tu. Hihi.
Aku pakai purdah/niqab ni masih baru. Sangat baru. Sangat banyak perlu diperbaiki. Don't put your expectation so high. Because u'll hate me then. Sebab? Aku masih laaa sangat baru. Nak belajar nak improve banyak perkara dalam diri sendiri.
Nak berhijrah tu kena lalui jalan-jalan yang penuh duri dan gaung. Kerap kau akan terluka. Kerap kau akan terjatuh. Orang akan cemuh akan hina akan tuduh macam-macam. Sesedap rasa. Orang peduli ke hati kau sakit? Orang kisah ke kau nangis? Tentunya, tak. Mereka tak faham dan tak mahu faham.
Sungguh, perangai aku yang cepat panas ni memang susah nak ubah tapi aku pelan-pelan ubah. Kalau rasa boleh sabar, aku sabar. Tapi kalau macam tahap melampau, sorry I can't. Teruihhh orang cop, "Harap je pakai purdah tapi perangai macam harammm" Amacam? Best? Best la sebab kita nak defend diri sendiri tapi teruih kena cop cemtu. Mihmih. Lagi best kalau orang tu ada pertalian darah dengan kau. Best kan?
Tapii aku tetap bersyukur dan bersemangat. Sebab kawan-kawan aku yang pernah dulu lalui life bersama-sama mampu faham dan support. Nak kata diorang tak kenal? Of course kenal perangai aku zaman jahiliyah aku. Kahh! Allah tak kejam. Allah beri ujian, Allah selit semangat untuk kita tak putus asa. Terharu when your ex-classmate (Boy) siap tanya aku, "Boleh ke aku simpan gambar kawan-kawan yang ada kau dengan tak berniqab?" Allah. Rasa macam ya Allah manis sangat rasa ni. Disebalik duka, Allah selitkan sesuatu. Apa tu? Orang hormat aku yang sekarang. So, perlu ke aku putus asa sebab cemuhan orang? Tentunya, tidak.
Aku berniqab atas keizinan Abah. Dan insyaAllah bakal zauj pon mengizinkan. Jadi, perlu ke nak dengar kata-kata orang lain yang menjatuhkan? Tidak.
Berhijrah lah walaupun sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dah pakai tudung labuh, baju longgar, mesti timbul rasa serba salah kalau tiba-tiba pakai tudung singkat baju ketat. Sungguh, aku tak tipu. Hijrah perlu dari hati dan kesedaran sendiri. Jangan malu.
Aku sendiri rasa cemburu pada orang yang dah berhijrah duluuuu. Terus cakap kat hati, "Aku bila lagi?" Alhamdulillah Allah bagi hidayah walaupun tak sekelepuk macam orang lain. Perlahan-lahan juga. Dan sekarang aku berniqab/berpurdah atas kerelaan sendiri. Untuk menjaga pergaulan, percakapan dan meningkatkan iman dalam hati. InsyaAllah. Moga Allah terus bimbing.
So, niqab I won't give up!
No comments:
Post a Comment