Assalamualaikum. Hai.
Memandangkan tiba-tiba mood aku takde untuk study, jadi mehh aku cerita sikit prosedur nak daftar kahwin yee. Tapi untuk Johor la. Mihmihmih. Negeri lain aku taktau. Tapi don't worry, boleh tanya Mr. Google.
1. Daftar Online
So, first step ialah daftar secara online ye kawan-kawan. Dekat mana? Kat e-NCR Johor
Daftar dulu tau! Lepastu call Pejabat Agama tempat korang atau pergi pejabat agama. Cakap kat depa nak aktifkan akaun. Nak buat kat rumah boleh, kat Pejabat Agama pon boleh kot. Sebab aku nampak ada komputer kat depan kaunter untuk daftar. Haritu, aku daftar kat rumah. Aku ingat dia aktif automatik lepas 24jam. Tapi tak. Hampehh. Haha. Tapi dah alang-alang nak amik Borang HIV, aku pergi kat Pejabat Agama and suruh dia aktifkan sekali.
Dah aktif? Boleh lah log in macam biasa. Then isi maklumat kat dalam tu.
Pemohon - Pasangan - Perkahwinan - Senarai Semak Wali
Kalau korang punya pasangan tu orang Johor jugak, senang sebab nanti dia boleh detect je terus pasangan punya pendaftaran dengan masukkan je no pendaftaran pasangan. Macam aku, tunang aku dah 2 tahun kerja kat Johor. So, masa kursus kahwin tu dia cakap kalau nak senang, tukar je alamat pada kad pengenalan. Jadi, tak banyak urusan sangat. So, tunang aku pon daftar under Johor jugak.
Dah siap isi maklumat boleh lah tekan butang Hantar Permohonan. Then, boleh print out dokumen.
2. Ujian HIV
Ujian ni kena buat kat Klinik/Hospital Kerajaan je tau. Jangan nak mengada pergi buat kat Swasta konon nak layanan istimewa dan cepat. Nanti bertabah lahh kena buat dua kali! Hahaha. So, aku amik borang HIV kat Pejabat Agama dan aku buat kat Klinik Parit Raja. Senang sangat. Aku pergi petang waktu tu.
Pergi kat kaunter pendaftaran, cakap nak buat HIV Test untuk kahwin. Dia tanya nak menikah bila? Aku cakap bulan 2. Sebab HIV ni valid 6 bulan tau. So, dia akan suruh isi borang, bayar RM1 dan tunggu dia panggil.
Aku ingatkan dia amik banyak darah and kena tunggu lama. Rupanya secoet je macam amik darah nak tau jenis darah apa je tu. Pastu dia letak kat alat dia. Kecik je kann macam pregnancy test. Haha! Lepastuh dia suruh tunggu sementara dia tengok and tulis result. And then, siap! Dia cakap, "Hah dah siap. Boleh bawak pergi Pejabat Agama dah" Tak payah nak nervous sangat lah. Huhu.
3. Lengkapkan dokumen
So, sebelum hantar dokumen ke Pejabat Agama, make sure sediakan dokumen yang dia nak tau. Pergi kursus kahwin jangan lupa. Aku pergi tahun 2013 sebab angan-angan nak kahwin 2014 tapi 2015 baru dapat. Mihmih. Saje pergi awal buat persediaan gitu.
Dalam dokumen tu, kena ada pengesahan 2 orang saksi. Saksi yg ni boleh je tak sama dengan saksi waktu nikah. Aku amik je classmate aku. Senang. Mintak salinan IC sekali. Jangan lupa mintak Pengesahan Bujang tau dari Majikan (beragama Islam) atau ketua kampung.
Lain-lain tu, kena buat salinan. Boleh refer kat senarai dokumen yang perlu ada.
4. Hantar dokumen
If pasangan korang berlainan daerah, suruh dia pergi settle dulu. So, tunang aku pergi settle kat Johor Bahru. Lepastu dia bagi aku dokumen dia untuk aku bawak pergi ke Pejabat Agama Batu Pahat.
Kat sana, nanti amik no giliran. Untung takde orang masa tu. Cepat je urusan. Nanti orang kaunter akan cek satu-satu dokumen. Mana yg dia nak tengok yang Asal & Salinan kena lah bawak sekali kan. Dia akan cop Kursus Kahwin tu sbg bukti dah digunakan untuk nikah kita. Nak menikah lain, kena amik lagi kursus. Hihi.
Dia akan tanya, nak Tok Kadi siapa? Kena lah tahu siapa Tok Kadi yg jaga kawasan kau. Kalau kau taknak Tok Kadi kawasan kau sebab dia tak best, tak kelakar, banyak cekadak, boleh je tukar. Kalau Tok Kadi tu dekat-dekat je kawasan, boleh nikah kat Masjid/Surau kawasan dia jaga tau. Kalau jauh, aku taktau. Hihi.
And, paling semua orang takut dan nervous, interview. Kan? Kan? Tapi watlek je sebab mestilah lulus. Takkan lah dia nak gagal kan kau kan? Benda dia tanya pon benda yang kau buat hari-hari. Tapi sebenarnya untung sikit kot kalau pasangan lain-lain daerah/negeri. Sebab dia takkan tanya banyak. Hihi. Tunang aku tak kena tanya apa-apa. Tak aci kan? Hmm takpe lahh.
Selesai je dia iv, kena buat salinan dokumen dan hantar ke kaunter lagi satu. Bayar RM17 dan dia akan bagi buku Pink. Dia cakap, hantar pada Tok Kadi sebelum hari pernikahan. Jangan hantar lambat tau sebab takut Tok Kadi full susah nanti. Mula lahh drama panas hati sebab dalam waktu sama ada 2 3 4 5 pengantin nak kena nikah.
5. Hantar Borang ke Tok Kadi
Aku hantar hari tu jugak sebab senang dah settle tak payah pening-pening. Tarikh aku pon, family decide buat petang lepas Solat Jumaat, tapi dah ada orang booked. And Tok Kadi cakap takut nanti rushing.So, kami amik pagi Jumaat penuh barakah tu. Hiks.
So, upah untuk Tok Kadi RM110 and 2 orang saksi RM40. Total RM150 bayar masa nikah tu.
********
Settle. Susah? Tak ponn. Penting, kau ikut je langkah-langkah dia tu. Boleh daftar dahh 3 bulan sebelum majlis. Hihi. Aku daftar 2 bulan sebelum.
Semoga Berjaya. Hihi. Till then, daa!
No comments:
Post a Comment