Tuesday, October 14, 2014

Tinggal lagi 4 bulan..

Assalamualaikum. Hai.

Selingan dari buat assignment last minute sebab lecturer nak check before mid-term break. Pfft! 

Okayy. Sekarang dah tinggal plus minus 4 bulan je lagi untuk my weddings! Dupdapdupdap. Bila macam lama lagi je kannn tak rasa apa pon. Sebab taknak hope terlalu tinggi. Tapi bila dah boleh counting months and than days, rasa nervous plus sedih. Kau dah kenapa sedih kan? Hahaha. Aku benci berjaga malam dan buat kerja sorang-sorang (padahal suka buat kerja sorang-sorang) sebab nanti akan terfikir benda-benda buat sedih. Contoh, kawen nanti tak boleh manja sangat dah dengan Mak. Sebab kena manja dengan suami. Pfft! Hahaha. Tanggungjawab lah kan. Perhatian tu lebih kat family baru. Sekarang ada satu Mak satu Abah. Nanti ada dua Mak dua Abah. Kena adil. Sebelum ni iolls anak bongsu. Masuk family tunang jadi no 4 (bukan bongsu) jadi kena tunjuk perangai 'kakak' kepada adik-adik. Blergh. 

Tahun depan akan tambah lagi tanggungjawab. As a fulltime student, daughter at home and a wife to my handsome future husband. Bhaha. Bukan senang ye. Sekarang pon dah macam kejap pentingkan kawan kejap pentingkan family. Especially Mak. Tak sampai hati kadang nak tinggal Mak sebab dia sakit. Terfikir banyak kali. Nanti dah kawen kena lebihkan suami. Alaaa sedihnya. Tapi lumrah hidup macam tu kan. Nak atau tak, partner dalam hidup tu penting juga. Ada juga orang boleh jaga perempuan comel ini. Kahkahkah. I need u, fiancee. Cehh. 

Nanti dah kawen, kena fikir nak besarkan family pula. Aku maseh ada setahun lagi ye di bumi Parit Raja ni. So, kena buat perancangan. Tak boleh extend sem sebab ada terikat dengan JPA. Ohh. Harap-harap mudah urusan untuk mohon kelulusan bernikah kahwin dengan JPA! I is nervous tambah takut. Memang kena laaa buat perancangan. Paling penting kena habis belajar on time! Dah tua dah tak habis-habis Degree. Penat otak ni dah ha nak kena hadap assignment, final. Pheww. 

Hmm. Pening tapi belum nak serabut sangat. Persiapan dah buat dah sikit-sikit. Dah nak 80% aku rasa. Sebab macam aku cakap, aku kan student. Jadi aku ada banyak komitmen. So, bila ada masa je terus buat itu ini. Door gift pon beli online je! Hahaha. Beli, simpan. Nanti tak kalut sangat. So, next month dah boleh tempah kad kawen. Yeay! Iolls cari tempat buat kad paling murah je uolls. Haha. Sebab fikir orang akan buang. so, buat murah pon takpe asalkan jelas maklumat nak disampaikan. 19 sen je. Haha. Total akan tempah 1000pcs. So, RM190 je uolls untuk majlis aku dengan majlis belah dia. Haha. Tunang sy sangat sukeee. Sebab dia suka bebel kat aku kalau mahal sangat. Kalau boleh dia gambar pon takmau. Cett! 

Okay. Till then. Daa.

No comments:

Post a Comment