Tuesday, October 21, 2014

Preparation macam mana?

Hai. 

Since orang pon tahu kan aku ni fulltime student. So, masa tu kena pandai-pandai lah manage. Awal-awal lagi, aku dah letak jawatan dari pegang title 'Leader' kerja kumpulan. Malas. Sebab nanti aku yang pening urus itu ini. Walaupun rindu. Dari segi preparation pulak, aku memang dah buat sikit-sikit dari sebelum raya lagi. Hihi. Bukan excited nau nau. Tapi taknak kalut nanti bila tarikh dah dekat. Mention lagi sekali, aku kan fulltime student.

Ohh sebenarnya, ada jugak kadang-kadang macam aku kecik hati jugak. When someone says "Alaaa dia nak kawen bulan 2. Lama lagi. Kerja buatlahh" Padahal, bukan tak buat kerja ehh. Tapi as a leader, kau bagi arahan dan aku buat. Senang, kan? Kawan tolong back up tu memang bagus. Tapi tak bagus time cakap aku 'busy' buat preparation kawen. Seterusnya, mendatangkan tanggapan negatif kat orang lain. Blergh. Sebenarnya, preparation tu aku akan buat bila ada waktu free. Bila jadual pack dengan kelas, aku akan bagi perhatian 100% kat belajar. Sedih tau. Hm. Just forget it.

So, bila orang tanya preparation macam mana, aku terus terang cakap memang dah nak settle dah hampir semua yang dalam keperluan. Cuma tinggal yang sikit-sikit je. Macam perhiasan apa nak bagi time nikah tu tak beli lagi. Baru survey dan bergaduh. Bhahaha. Sebab? Ngko tahu laaa perangai lelaki macam mana. Depa tahu bagi duit pastuh pandai lah settle sendiri. Padahal, kita nak perhatian dia. Tumbok baru tahu! 

Aku ni manusia cerewet dalam penampilan. So, aku memang akan potpetpotpet kalau dia selekeh atau buat sambil lewa je. Terima jelaaa bakal bini yang sangat annoying ni. Haha. Macam errr biarlah nampak kemas. Sedap mata memandang. Kan? (Padahal, banyak je benda aku cerewet) Sebab apa aku cerita ni? Sebab Fikri ni dia dah malas dah nak fikir outfit masa majlis. Eeee geram je. Nasib lah sayang tahu tak. 

Okay. Setakat hari ini dah 85% lah kot yang dah settle. Tarikh nikah & sanding sebelah perempuan dah tetap insyaAllah. Sebelah lelaki je baru proposed tarikh, tapi belum confirmed. Ini lah salah satu susah bila dapat pasangan jauh. Hihi. Tapi manisnya bila balik raya. Memang impian nak orang jauh sebab fikir balik raya best. Sengal. Haha. Sebab apa best? Sebab baru la rasa nikmat balik kampung tu. Tu sebab orang dok cerita habislaaa lepas ni kena o-som nak balik mana. Padahal, aku okay je. (kotlah) 

Dalam buat persiapan ni, kena ada give and take. Kena sedia maklum perangai semulajadi lelaki yang tak suka decide barang mana lagi better. Kadang aku terima je dengan redho bila Fikri macam malas amik tahu. Dia cuma tahu bagi duit, pandai-pandai ngko lah. Tapi kadang-kadang, aku baran jugak ahh sebab rasa kengkonon diri ni tak disayangi. Blergh. Sebenarnya, kalau kau paksa dia pon, dia tetaaap laaa buat muka malas nak layan. Macam nak sepak je. Mungkin ni lah dugaan orang bertunang nak kahwin. Yeke? Haha. Walaupun aku dah tekad dah nak berdikari buat itu ini sendiri. Tapi bila dia ada depan mata, aku rasa macam eeeee beso kecik beso kecik je aku tengok dia. Gaduh tu perkara wajib bila dia takmau kompromi dengan aku. Tu sebab aku cakap, buat preparation awal-awal. Sebab lagi lambat, lagi kau stress lagi kau nak gaduh dan nangis. Haha! 

Dan. Kena lah terima baik buruk dia sebab dah nak jadi laki sendiri kan. Terima jelaaa. Dalam buruk, ada baiknya. Which is dia support je aku kalau nak berubah ke arah lebih baik bila orang lain menentang. Totap gak jadi pojaan hati. Kalau gaduh tak bertegur tu rasa macam sunyi, macam hilang apa jeee. Tak boleh tak ada. Tak contact takpe. Sebab tahu dia ada je. Tapi tak boleh gaduh sebab dia yang over merajuk lebih. Bluerk! 

Okay. Till we meet again. Daa. 

1 comment:

  1. ohhh! kan! best kan jadi BTB! Enjoy the moment darl! i pun excited, tapi apa2 pun xprepare, takpe 6 months to gooo! ;)

    ReplyDelete