Wednesday, June 18, 2014

Semakin bertambah usia

Hai.

Actually, aku baru habis 4 paper. Ada lagi satu paper (Financial Management for Construction). Iolls is malas. Hahahahaha. 

Sekarang ni kan kan kan semakin sedar lah bila dah tambah usia ni, keaktifan diri tu semakin berkurangan. Bukan aku je yang cakap. Kawan-kawan aku pon jugak. Hewhew. Kalau dulu masa study Diploma, dengan Final Project lagi dengan Mini Project lagi, okayy je kalau tak tidur 2 hari ke apa. Masih boleh pergi jalan-jalan. Exam week tak tidur pon segar je jawab exam.

But now, haishhh letihhh je memanjang. Hahaha. Aku punya pesen memang akan study malam. Tak reti study siang sebab banyak gangguan. Aku tak suka bising. So, bila study malam akan tak tidur dan kalau ada exam pagi, terus je pergi jawab exam. Dalam dewan dah lah aircond kemahinnn sejuk. Jawab pulak paper teori yang kena hafal berjela-jela. Allah. Dia punya mengantok tuuuu jawab macam nak pejam mata je. Hahaha. 

Bila tukar course dari Civil Engineering ke Construction Management ni, memang 90% teori je memanjang kan. Kena hafaaaal jelaaa kan. So, semester ni ada 5 paper. 4 paper teori dan 1 calculation. Mula subjek Peralatan Binaan pastu selang 2 hari subjek Ekonomi Tanah pastu selang satu hari subjek French pastu takde selang straight paper Undang-undang Binaan and last Financial. Bila 1, 2 dan 3 semua teori masih okey okey lah. Kira comme ci comme ca. Esehhhh speaking French! Tiba paper Law, haishhhh I ask myself "Kenapa dah tak mampu nak hafaal ni???" Blergh. 

Sudah lah banyak kes nak kena ingat. Lagi laaaa macam onggile. Haha. WhatsUp Kak Nina mencurah perasaan kata tak boleh nak hafal dah. Mampu untuk faham kan dan hafal keypoint dia je. Gila worst. Soalan pon macam aummmm best -.- Pulak dalam dewan exam tu kan kan kan ada Replika Unta saiz normal unta. Omeyy angat. Hewhew. Pemberi semangat, mungkin? 

Kat sini, sikit-sikit menerima hakikat dan ada perasaan takut sikit sebab semakin bertambah usia, badan dah tak kurang aktif, otak dah tak mampu hafal banyak sangat. Dan aku last menghadap segala tok nenek exam umur 26 tahun. Phewww. Tiba-tiba macam fikir, ohh azabnyaaa nak habiskan. But, I knew yang segala susah payah ni akan bagi aku kesenangan. Bukan setakat untuk kerja je. Tapi untuk bentuk jadi manusia yang matang. InsyaAllah. Kan kan kan.

Perempuan yang berusia 24 tahun ini. Hikhik. 
Tudung senget benget sebab jawab exam sambil letak kepala kat meja. Baru idea datang mencurah. Gittew. 

Ohh classmate aku ada tanya. Dia tanya, cemanee lahhh aku bawak motor pastu pakai skirt. Tak susah? Hmm. Takde susahnya pon. That's why aku cari skirt yang tak berapa kembang. Tak lah tersangkut kat tayar, kan? And haritu masa aku jatuh motor pon aku pakai skirt kot! Muehehe. Takpe, Allah kan ada. Allah jaga bagi tak nampak masa jatuh. Pakai lah seluar kat dalam. Lulz.

Selesa dengan pakaian macam ni. Dah puas pakai seluar skinny. Muehehehe. Nak kahwin kan. Dah besar kan. Dah sedar diri tu tak berapa sempurna kan. Berubah tak susah. Yang susah tu istiqamah. 

Till then. Wish me luck for my last paypeeerrr. Tata.

1 comment:

  1. Skrg ambik degree ke? kite pon dlu..rse cmtu jgk. Tp rse nyer sbb degree lg tough dari diploma... dan usia pon mungkin jgk. Mase time degree berlambak2 projek lecturer bagi... sampai satu tahap... argg,malas nak buat, dan tido kejap (konon nyer nk release tension).

    ReplyDelete