Hai :D
Selamat menyambut bulan Ramadhan everybodyyy.
Sekarang ni kan, aku tengah cuti semester. Memang aku tunggu-tunggu cuti semester yang ini sebab dia paling lama. Kan best kan cuti lama-lama. Walaupun nanti naik semester je otak macam beku kejap. Hihi.
Biasanya, cuti lama-lama aku tak buat apa pun selain marathon cerita-cerita yang aku tertinggal. Haha. Tapi kali ni, tak ye kawan-kawan. Haritu Anis ada tanya aku nak tak kerja tempat part time dia. Kerja Dobi. Hihi. So, fikir daripada bosan duduk rumah, baik kerja! Kalau tak, layan cerita dari malam sampai ke Subuh la gamaknya!
Diorang kata aku kerja sebab nak buat preparation kahwin. Korang silap ye. Hahaha. Aku kerja sebab nak shopping je, boleh? Hahaha. Selain nak renew road tax motor dan top up duit nak amik lesen kereta. Bhahaha. Malas gila nak amik lesen. Sebab takut. Cehh. Duit untuk preparation kahwin, dah simpan dah ye. Dah cukup lah kot untuk part aku. Part Fikri masih gigih lagi. Hihi. Tapi kena lah together-gether harungi susah senang tu sebab kami bermula dari zero. Dari habis belajar, sama-sama kerja, lepastu aku sambung belajar dia kerja. Takde benda yang senang.
So, aku mula kerja 24hb haritu. Plan nak kerja after 2 weeks sebab nak qada tidur waktu final exam haritu. Tapi bila orang tanya, aku macam hishhh tak sampai hati dan terkerja awal. First day, penat macam nak mati sebab masa tu aku puasa ganti. Hahaha. Nak puasa baru ganti yang lepas. Teruk, kan? Ni semua gara-gara final exam haritu datang bulan lambat. Aku kejap-kejap rehat, kejap-kejap terlelap sebab lembik je ha. Balik je macam sakit-sakit badan. Dah lama tak kerja berat kan. Setakat pergi kelas balik kelas, bukan pack pon jadual! Second day pon masih lagi tak bertenaga. Nasib dah adik-adik yang sporting dan paham. Hihi. Tapi 3rd day aku dah okayy la. Walaupun ramai je risau takut aku tak boleh kerja berat. Sorry sikit eh! Fizikal macam lembut-lembut padahal sebenarnya kasar je.
Pastu aku dah buat kira-kira, nak kerja dua bulan cukup-cukup je. Haha! Sebab aku rasa macam, erghhh heaven kott duduk rumah makan tidur makan tidur. Bhahaha. Tahun last nak jadi bujang senang! Lepasni tak boleh dah. Tahun last jugak nak enjoy macam onggile dengan kawan-kawan. They make me really-really fun and happy, jo! Sampai Fikri pon dah tahu dah, kalau aku pergi jalan je dengan siapa je kan. Haha. Asyik merayap je kerjanya.
Ermm ermm preparation untuk wedding, baru 10%. Hihi. Itu pon preparation untuk pakaian Mak Abah and FMIL. Yang lain, tak sempat lagi. Bila dah kumpul-kumpul duit lepastu sekali shopping memang best. Tapi balik buat kira-kira jadi pening. Haha. Takpe, niat cuma nak buat parents aku dan Fikri happy je. Aku tak buat preparation apa lagi. Sebab banyak lagi masa walaupun tak sampai setahun. Belum lagi discuss dengan tailor nak guna kain jenis apa, berapa banyak nak guna semua untuk baju nikah. Aku buat simple-simple je.
Kali ni, memang barang hantaran takde. Orang cakap, "Ohhh sebab dah bagi macam-macam eh masa tunang?" Tak ye korang. Haha. Tunang pon ape je yang kitorang bagi pun. Aku tak suka ikot orang lain, tak suka orang bandingkan aku dengan orang lain. Sebab aku pegang prinsip, ikut kemampuan sendiri and fikir apa lagi penting. Orang lain, suke hati la kan? Hiks. Lagipun dengan situasi aku belajar dan Fikri pon baru berapa tahun je kerja, taknak bebankan diri masing-masing. Fikri selalu ingatkan, kita punya kehidupan selepas kahwin. So, aku akan buat kira-kira berapa belanja untuk itu untuk ini, sebelum dan selepas kahwin. Kalau dia yang macam terlupa, aku akan ingatkan. Gittew.
Sekarang ni, kena prepare fizikal and mental je. Tambahkan ilmu agama. Perbaiki diri sendiri. Kadang-kadang, macam takut je nak kahwin. Hihi. Tapi bila nak buat preparation, rasa best. Cemtu pulak kann.
Okey lah. Happy fasting everyone.
No comments:
Post a Comment