Tuesday, February 18, 2014

Inspirasi

Hai! Salam Selasa everybody!

Harini takde kelas. Yeay! Tapi stress sebab taktau nak amik subjek apa untuk Elektif. Whether Perancangan Bandar untuk Pembinaan or Ekonomi Tanah untuk Pembinaan. Confused! 

Ohh. Tahun ni anak buah aku, Aina dah darjah satu. Imran and Irfan dah sekolah tadika masing-masing. How time flies. Paling kelakar tengok Imran lah. Sebenarnya, dalam banyak-banyak anak buah, Imran lah macam manja sikit dengan aku. Maybe sebab masa di kecik baby dulu aku yang banyak jaga dia. Sampai aku sambung belajar kat PD dulu dia demam-demam. Haha. 

Imran kalau datang rumah aku tu, ada je lagu baru dia belajar kat tadika. Haha. Siap joget-joget. Lepastuh ajak aku pergi kedai sebab nak 'pow' mainan. Hahaha.

Irfan pulak kadang-kadang je jumpa sebab dia duk jauh sikit kan. So, kalau jumpa tu tak habis-habis cerita pasal bola. He loves football. Dia hafal setiap pemain JDT tuh. Haha. Apa pon tak boleh! 

Aina pulak, dia tiap kali balik sekolah agama akan datang sini sebelum pergi sekolah kebangsaan. So, aku banyak pantau kerja sekolah dia. Aku ni garang kata dia. Hahaha. Apa tak nya, buat kerja sekolah, handphone kat sebelah. Memang lah marah. Haha. Mana-mana kawan aku pon faham kalau time aku ajar tu kena serius. Cewahh.

Tapi yang kelakarnya, dia macam kagum gila tengok aku punya piala-piala dapat masa sekolah dulu. Yelaa sekarang dia sekolah tempat aku sekolah dulu kan. Padahal, piala-piala tu ada yang dapat masa sekolah agama, sekolah rendah and sekolah menengah. Dan pastinya, piala-piala tu aku dapat bukan sebab dapat 5A masa UPSR ke apa. Hahaha. Dapat piala sebab masuk Teater, tulis esei, aktiviti lepas UPSR. Cuma satu dua jela piala dapat sebab akademik. Tu pon sekolah agama. Satu dapat sebab subjek Akhlak terbaik and satu lagi dapat Pangkat 1 Darjah Khas. 

Realitinya, zaman kanak-kanak zaman sekolah dulu, aku bukanlah best student kat sekolah. Pernah je kena rotan sebab nakal sebab tak buat kerja. Dan sekarang ni mendidik anak adalah lebih mencabar. Sebabnya? Kau sendiri pon boleh fikir. Huh. Menakutkan! 

Cumanya, aku tahu tiap anak yang lahir dalam dunia ni pandai. Cuma bila, dimana, bagaimana tu we never know. Macam rezeki jugak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri pon mula bangkit bila diri aku ni tak layak jadi budak Diploma. Kena mula dari Sijil naik satu per satu. Tapi aku tahu, kalau ada usaha dan restu Mak Abah, kita MESTI boleh. So, takde hal la kalau anak-anak buah aku ni tak berapa pandai ke apa kan. Sebab kita tak tahu masa akan datang nanti. Cumanya, kita sebagai manusia lebih matang kena bimbing kena tegas kena jadikan mereka berdisiplin dan berdikari. InsyaAllah, everything will be okey. 

Sampai sekarang pon, tiap kali mula semester baru, aku akan letak 'seseorang' sebagai target untuk aku fight. Bukan fight bergaduh tapi fight untuk berjaya. Gitu. Heh. 

So, what to do now? Perancangan Bandar or Ekonomi Tanah? Huh T_T


1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete