Tuesday, January 27, 2015

Tips belajar dan skor dalam peperiksaan

Assalamualaikum. Hai.

Awal-awal nak cakap, aku bukan budak pandai tau. Hihi. Nak kata rajin pon tak. Habis tu? Seorang pelajar yang mempunyai semangat waja! Kahh! Aku tulis bukan sebab nak berlagak tapi insyaAllah, perkara baik kita kongsi. Lagipun, Abah yang ajar. 

Aku masa UPSR, PMR dan SPM memang agak biasa-biasa je. Nak sambung Diploma pon depa tak pandang. Kahkah. Jadi, tak salah pon mula dari Sijil. Tu yang kata semangat waja tu. Mihmih. Untuk mula hidup baru setelah SPM hancus, kawan dok pandang sinis apa semua, marilah kita set kat kepala sikit. Kehkeh.

Okay. First ialah tumpuan dalam kelas. Sangat penting tau. Lebih lagi subjek pengiraan. Pengiraan ni aku akan fokus lebih. Kalau teori, aku dok gelak ngan kawan. Jangan tiru perangai buruk ini. Dari Sijil sampai ke Ijazah, kalau ada subjek pengiraan aku akan fokus. Kadang-kadang, termain-main jugak. Biasa lah kan. Hiks. Kalau macam susah nak faham, jangan memalu mintak kawan ajar sampai paham tau. Jangan la malu. 

Dan tak payah second sangat la. Kikiki. Jujur, aku bukan seorang pembuat assignment yang baik. Kikiki. Jadi, aku terima dengan redha. Sekarang lah kot baru okay sikit. Tapi assignment pon pembawa markah ke final tau. Jadi, jangan nak memain sangat dan jangan nak kopipes sangat orang punya. Dengan keizinan takpe. Kahkah! 

Masa Final Exam. Haaa part ni paling penting ni. Sebab kadang markah Penilaian Berterusan kita rendah kan sebab Test & Quiz kita memain. Biasa la tuuuu. Haha. Jadi, memang akan jadi kebiasaan bagi aku untuk buat sehabis baik final exam ni. Jujur, aku bukan jenis suka buat study group atau brainstorming ke apa taktau. Aku akan stay up malam. Tu depends ye pada ketahanan mata dan badan. Hiks.

Ohh ye. Sepanjang tak kira la time study atau kerja, baca Al-Quran tu penting dan bagus untuk kuatkan ingatan ye. Sila amalkan. Abah pernah cakap, nak result bagus, rajinkan diri baca Quran. Jangan malas. Kalau tak percaya, tengok la result kalau amalkan baca Quran dengan tak. Ada beza tau. Hati tenang bila baca. Kadang aku malas tapi aku gagahkan jugak. Kalau tak baca, hati resah. Hee :) Rasa down pon baca Quran, hati jadi tenang. 

Pemakanan. Aku ada baca, makan ikan bagus untuk kekuatan ingatan. Jadi, makan bebanyak masa exam. Senang hafal. Hihi. Elak dari makan jajan. Dan aku memang bukan penggemar jajan. Sampai Kak Nina dah faham siap kata kat aku, "Dia tak suka jajan. Jadi, ni lahh rahsia kejayaan dia" Tak exam pon tak suka makan. Hehe. Organ dalaman macam hati ayam ke paru ke apa semua pon tak bagus tau. Jadi, puasa kejap dari makan masa exam. Kalau teringin sangat, apa boleh buat. Makan je. Bhahaha.

Then, solat dah sememangnya jangan kasi tinggal tak kira exam atau tak. Tambah effort untuk buat solat hajat. Buat sorang pon takpe. Dalam doa setiap kali solat, kasi extra sikit doanya. Aku selalu mohon, "Ya Allah, permudahkan aku untuk mengingat, menghafal dan menjawab peperiksaan" Tapi kalau time exam tetap jugak lupa, nak buat cemane kan. Redha je. Hihi. Kita dah usaha kan. Jangan sesedih. 

Setiap kali nak pergi exam, masa aku duk jauh dulu aku akan call Mak atau Abah. Mintak restu. Selalu cakap, "Mak/Abah doakan orang tau. Wish me luck!" Kalau sekarang duk dengan depa pon tak malu pon nak mintak Mak Abah doakan. Nanti Abah cakap, "Buat betul-betul. Abah doakan" Sambil usap kepala aku. Mak pulak, "InsyaAllah Mak doakan" Jadi, kita dah ada restu Mak Abah kita dah. Senang hati nak pergi exam. Aku tak buat masa first paper je tau. Tapi tiap-tiap kali nak exam. Dan tolong jangan lawan cakap parents korang sebab nanti susah nak jawab exam. 

Aku belajar dengan semangat waja untuk skor pointer bagus-bagus dengan niat kepuasan diri dan bagi Mak Abah rasa berbaloi hantar aku pergi belajar tinggi-tinggi. Kalau nak fikir sebab nak kerja bagus, belom lagi kot. Sebab rezeki tu datang dari Allah. Kadang ade je dok kata, "Alaa pointer tinggi buat apa kalau kerja tak pandai buat? Pointer bagus tapi jadi fulltime housewife" Masalah sekarang, kau sakit hati sangat dah kenapa?? Hahahaha. Depends pada niat orang sebenarnya. Dan untuk aku memang aku nak kepuasan. Tu je. Sebab aku pernah rasa sakitnya jatuh. 

Bila jadi pelajar cemerlang, jangan sombong ye. Selalu lah fikir cemaneee sakitnya untuk kita berada kat atas. Lagipun, jadi pelajar cemerlang yang sombong buat orang sakit hati nak buat apa, ye dak?

Ini cara aku. Dan apa yang Abah ajar. Dan apa yang bagus dalam Islam. Itu sahaja. Till then.





No comments:

Post a Comment