Saturday, December 20, 2014

My second experience wearing niqab

Assalamualaikum. 

Sekarang ni dah start study week. And aku akan start Final Exam 04 Januari 2015 nanti. Ada 4 paper. Hmm. Hm. Hmm. Tak sabar sebab nak fokus pada weddings pulak. Hewhew.

So, khamis last day la kira pembelajaran. Tutup dengan presentation Procument. Penaaat sangat sebab bersengkang mata tak tidur 2 hari siapkan all document needed. Walaupun tak menang pon competition tu, tapi puas hati sangat la sebab lecturer dah suka. Adat pertandingan lah kann.

Hari jumaat lepas re-charge balik bateri khennnn mula lah rasa bosan. Terus Telegram Kyla ajak lepak-lepak. Hahahaha. Terus dia bagi idea lepak kat Railway Coffee, Kluang. Lajuuu je khennn. Disebabkan aku rinduuu nak pakai niqab lagi, aku pn pakai lah semalam.

Dan semalam new experience lagi sebab makan kat kedai dengan niqab! Haha. Betul la kata niqabis yang lain. Sure makan berterabur!! Kikikiki. Macam budak-budak je tau. Aku bajet-bajet macam dah masuk mulut takdak la terabur. Sekali tengok bawah, hamekkkk bertaburan nasi. Kikiki. Dah lah makan Nasi Lemak Ayam Merah yg super sedap. Memang lahh macam tak puas tau makan. Sebab kejap-kejap kena selak. 

Tapiii aku yakin nanti mesti terbiasa jadi pro teruihhh. No prob pon kalau makan apa pon nanti. InsyaAllah. Sekarang ni kena lah biasakan. Alhamdulillah kawan-kawan terdekat aku dapat terima dengan penampilan baru aku nanti. Sebelum ni bila aku suarakan niat tu ada laa yang menentang tak setuju. Tapi lama-lama diorang pon terima je. Pastuh siap bagi sokongan. Auww!!

Cuma aku kata mungkin time study aku akan on/off. Terus diorang tanya, "Sebab si fulan ni??" Aku angguk. Aku rasa aku belum kuat untuk itu. Lagipun kita boleh cuba slow-slow. Siapa tahu nanti Allah permudahkan kan. Masa nak try pon nervous baca Bismillah mintak Allah permudahkan. Tapi apa yg aku boleh cakap, aku dah ada kekuatan sikit-sikit la. Tak rasa takut untuk berdepan dengan orang. Sebab aku bukan buat salah pon. Kalau orang tanya kenapa pakai? I have my own reason. Masa lalu dan masa sekarang buat aku nak pakai. Bukan sebab cantik. Tapi untuk protect diri sendiri. Entahh bila kita mencari ilmu, kita akan automatic malu kalau didedahkan anggota yg boleh menjadi fitnah orang boleh jadi lelaki luar sana 'membaca' tentang kita. InsyaAllah, moga Allah perkuatkan. 




Till then. Daa. 

No comments:

Post a Comment