Monday, December 1, 2014

Aku pilih untuk besederhana.

Assalamualaikum.

Hai. Sekarang memang busy dengan group project. Nak kena submit nak kena present. Haritu baru lega dengan test. Sekarang, ini pulak. Walaupun tak amik banyak pon jam kredit. Tapi dah nama pon tahun 3 kann. Terpaksa lah. Dan final exam bulan 1. Pheww. Sampai nak tengok kawan baik bersalin pon tak sempat lagi uolls!

Okay. Sekarang ni preparation semua macam smooth je. Ecehhh. Konon nak urus hal borang nikah lepas habis exam. Ehh tapi bila google orang cakap dah boleh urus 3 bulan sebelum terus gelabah! Haha.

Haritu, classmate aku tanya. Memandangkan aku dah lalui fasa merisik dan bertunang. So, biasalah akan jadi rujukan. Ecehh. Aku cakap kat dia, fasa paling susah sebenarnya fasa merisik dan bertunang. Sebab apa? Sebab nak kena mintak persetujuan family masing-masing. Pastuh kalau pihak lelaki of course lah mak pak depa tanya, "Dah ada duit nak minang anak orang?" Ada duit tu bukan setakat duit nak bertunang. At least kena ada separuh duit hantaran dah. Blurp. Haha.

So, when your partner said, "Dah ada insyaAllah" Teruihhh mak pak depa bagi green light. Terus kita happy. Hahahaha. Terus verangan terus tak sabar. Amboihh.

Bila tanya preparation berapa banyak duit habis? Aku total kan pihak aku dengan pihak dia. Sebab kami memang suka kumpul duit sama-sama. Bila dah kumpul, habis duit sama-sama. Wakakaka. Lain orang lain cara kot. Depends on you and your partner. Aku dengan dia selesa macam tu. Sebab mak pak kami hantaq kami p belajaq, tapi kami terlebih belajaq terjumpa jodoh. Ehh tapi tu pun last semester masa Diploma tau. Bhahaha. Jadi, kami bermula dari takde harta which is zero.

So, aku cakap aku buat memang secara kecil-kecilan. Sedara pon tak jemput semua walaupun aku tahu ada yg kecik hati. Tapi nak buat cemanaaa itu ja mak pak kami mampu. Hihi. Barang hantaran pon rock sikit la. Aku bagi kat dia baju melayu, towel, cupcakes, buah dengan sirih junjung. Dia bagi aku cincin, buah, cake, telekung dengan sirih junjung. Kalau nak tahu, cincin merisik tu aku recycle cincin hadiah birthday dia bagi kat aku setahun sebelum tunang. Kakakaka. Jimat kan? Ikot mu la nak hentam laki mu cincin mahai ka murah ka. Janji mu bahagia. Kekeke. Aku okay je janji dapat tunang. Bhahaha.

Total cost untuk tunang aku dengan dia plus minus RM2k. Agak banyak sebab kami punya tunang orang Kedah. Jadi, kena laaa kira jugak kos mak pak dia nak datang sini minang anak dara oghang yg comel sangat ni. Bhahaha. Walaupun begitu, satu semester aku sengkek sebab duit loan habih. Kakakaka. Semester seterusnya stabil balik. 

Pastuh aku cakap laa, ikot awok ler Nurul oii nak buat mewah ke sederhana. Sebab tu atas diri sendiri. Takde paksaan. Kita memang susah nak ubah adat. Tapi kita boleh cuba. Tak salah pon. Gituhh. 

Aku tak pandai sangat laa nak nasihat ke apa. Bila dia tanya, "Orang dah tunang ni dugaan dia besar. Betul ke?" Aku cakap setakat nih Alhamdulillah takde la besar sangat. Tapi kecik-kecik pon boleh jadi besar kan? It's depends on how you handle it. Kadang-kadang aku ni tak sabar sikit. Yelahhh lelaki kan memang suka buat tak tahu je. Masa tu rasa macam nak tumbok je dia. Tapi sebenarnya ini lah proses sebelum kita lalui fasa berkahwin. Sebab tu aku nervous nak hidup berdua dengan dia nanti. Ghahaha. Sebab aku ni tak menyabo. Puikk. Tapi aku dari hari first bertunang, aku dah set kan kepala nih untuk sentiasa positif. Gituhh.

Untuk kahwin nanti pulak lagi brutal lah sebab kami sepakat membawa berkat takmau barang hantaran. Walau sebelum bertunang verangan itu ini. Tapi tak kecewa pon. Mak cuma mintak wang hantaran, mas kahwin + gelang dengan sirih junjung. Cukup. Senang kan? Tu pon depends on you la actually. Kalau mampu, tak salah pon barang hantaran tu semua. Tapi sebab aku student dan dia sorang je kerja, jadi adalah lebih baik tak membebankan. Untuk elak rambut tunang kite berguguran. Kekeke. Alaaa bukan tak boleh beli lepas kahwin. Lagipun duit beli barang tu boleh simpan pergi honeymoon. Kan lagi syioookk. Hoyeahh hoyeahh. Jangan takot untuk dengar apa orang nak kata. Janji mu tak susahkan orang dan mu bahagia cukup dah. Ecewahhh.

Sebab tu jugak aku tak stress sangat memikirkan barang hantaran ke apa. Hewhewhew. Baju nikah pon aku beli 'mahal' sikit tapi tak mahal 'banyak'. Haha. Dan berwarna. Orang cakap, "Kenapa tak pakai putih sebab pernikahan tu kan suci" Betul. Tapi berwarna pon boleh melambangkan perkahwinan tu full of colorfull and happiness. Ecehhh. Tapi sebenarnya, aku nak recycle baju tu untuk majlis resepsi belah Fikri kat Kedah. Kekekeke. Sebab kat sana depa memang tak buat pelamin bagai tu. Just hire juru solek je. Jimat lagi kan? Aku suka, Fikri laaaaaagi suka! Sebab dia memang manusia yang tak suka pembaziran. Gituhh. 

Selagi kita mampu besederhana, buatlah. Nak kurangkan adat pon memang tak mudah tapi sikit-sikit insyaAllah boleh. Cuma hati mak pak pon kena jaga. 

Orang ada jugak tanya macam mana kumpul duit nak kahwin sebab aku study lagi. Hmm. Mak aku cuma masuk campur urusan majlis part bagi orang makan je tau. Lain-lain, hang p urus sendiri lah. Hang yg nak kahwin kan. Kekeke. Tapi Mak selalu cakap, "Kita kena percaya pada rezeki Allah" Itu je yg aku pegang. Sedang kita pon tahu Allah akan bagi rezeki untuk orang yang berkahwin. Kan? So, sila lah percaya. Sebab sedang-sedang elok aku nak buat preparation kahwin, Allah bagi aku rezeki. Nak tolong banyak Fikri pon tak mampu, tapi sikit-sikit tu untuk ringankan beban dia, insyaAllah mampu. Cemtu la. Bila nak kahwin ni kena banyak tolak ansur. Hal kecik macam nak demand itu ini rasanya tak perlu kalau mendatangkan masam muka apa semua. Kalau dia nak bagi, kita ambik. Haha. 

Gitu la kekdahnyaaa. Aku cakap atas apa yg dah aku lalui. Dan aku memang nak sederhana je. Sebab Fikri selalu tegaskan yg kita ni nak hidup lepas kahwin bukan buat majlis besar-besar lepas kawin makan pasiaq. Hehe. Kalau mampu, buat. Okay? 

Depends on yourself. Awak punya bahagia tak sama dengan kita. Hakikatnya, semua akan lalui dugaan susah senang nak dapat bahagia tu. Ye dak? Bila dah lalui fasa bertunang tu dah boleh lompat bintang lahh sebab masa tuh dah kurang la kepayahan nak ke fasa perkahwinan. Gituuu.

Till here. Daa.


No comments:

Post a Comment