Friday, November 14, 2014

3 bulan lagi.. Mood semakin tak menentu!

Assalamualaikum. Hai.

Lajunyaaaa masa sekarang ni kan? Kejap je dah nak habis semester 1 tahun 3 ni. Haishh. So, my big day pon dah tak lama lagi dah. Masih berbaki 3 bulan untuk pegang title 'single'. Ecehhh.

Makanya, bila dah nak dekat ni banyak la benda menyebabkan stress. Mana nak kejar deadline assignment lagi.  Nak buat preparation untuk presentation project setiap subjek lagi. Nak curik masa urus hal kahwin lagi. Peningnyaaa. Dan last sekali, ingatkan diri balik la. Kau yang nak kawin sangat kan? Bhahaha.

Terpaksa juga curik masa dari buat assignment kepada buat peta kad kahwin. Alang-alang pergi interview untuk assignment ke Batu Pahat, sempat je pergi singgah butik baju nikah. Sempat jugak pergi fotostat buku modul, pergi jenguk kedai kad kahwin. Lol. 

Bila rasa serabut sangat, cepat-cepat ingatkan diri untuk sabar. Cool down. Hmm. Sampai tunang kena tuduh tak sayang kite ke? Blergh. Nak kena sepak kot aku ni? Hahahaha. 

Someone ask me, "Sepanjang bertunang takde masalah/dugaan?" Setakat ni alhamdulillah benda-benda yang complicated tu belum ada. Tapi macam masalah tu macam menipu sangat kalau takde kan? Mesti ada. Cuma mind set kita je dari awal-awal tunang tu, terus cakap kat diri sendiri insyaAllah takde dugaan berat. Buat je macam biasa. Cakap-cakap orang ni sebenarnya buat kita jadi takot terus benda tu jadi kenyataan. Danggg! 

Tapi setiap kali aku ada masalah, biasanya aku jela kott sebab aku ni jenis tak sabar. Bhahaha. Nanti Mak la yang cool down kan nasihat kan. Pastuh 2 3 hari nanti okay lah. Gaduh mulut dengan tunang tu, perkara biasa. Dia akan stress dengan kerja, aku akan stress dengan belajar. Tapi aku yang nak perhatian dari dia. Kahkahkah. Mengada kan? Tapi aku rasa aku mampu lah nak sabar. Walau sikit je perubahan tu. Kehkehkeh.

Ada pro and cons sebenarnya. Ada perkara yg baik tentang dia, buruk tentang aku. Baik tentang aku, buruk tentang dia. Cemtu la. Ada perkara dia suka, aku tak suka. Ada perkara dia tak suka, aku suka. Jalan penyelesaiannya just give and take. And cakap baik-baik kasi explain bila mood partner kita baik. Gittuh.. 

Walaubagaimanapun, aku tetap lah stress. Haha. Sampai bisnes tudung aku pon terbengkalai cemtu ja. Krikk krikkk sangat. Tak sempat laaa. Pening. Dah mula sem ni, aku akan pentingkan belajar. Part preparation kahwin tu aku buat on weekend je. Kadang-kadang curik masa antara buat assignment tu. Pastuh, bila pulak masa untuk bisnes? Non hado! Harapnya lepas kahwin lah kot kan! Tapi nanti nak daftar jugak bisnes kat SSM. Harap dipermudah.

Till here. Daa.

No comments:

Post a Comment