Tuesday, September 10, 2013

Expectation

Kita akan perlahan-lahan sedar;

bila kita pergi lebih jauh
pasti lebih ramai musuh

bila kita terbang tinggi
berduyun yang akan lari

bila kita terlalu baik hati
mereka pijak kita mati

buat baik selalu
jaga nawaitu
Tuhan tahu.

BE KIND by Seksi Ovari

Semakin jauh kite berjalan, kite akan jumpa banyak orang banyak perangai. Kan? Kite tak boleh expect semua KENA terima apa kite kata, apa kite nak. Cannot.

Dulu, masa aku baru masuk unibersiti ni, aku macam tak boleh blah je kan dengan perangai masing-masing. Lebih-lebih lagi datang dari banyak negeri. Banyak perangai yang tak kenan dek hati. Tapi next semester tu, aku dah boleh terima. Kalau macam tak boleh blah sangat, silent is better. Tak payah nak sentap-sentap sangat. Kena la terima hakikat umur lelain, pemikiran pon berbeza.

Tapi masih je ada manusia yang taknak berubah dan tetap mahu orang jaga hati untuk dia. What theee la kan. Huhu. Ada jugak kawan aku sindir-sindir aku duduk rumah semester ni. Tapi aku macam malas nak pikir. Ikot suka aku la kan. Asal aku tak kacau hati korang sudah. Iolls bahagia begini.

Tak semua yang mampu terima kite. Kan?

Jadi, kala ada yang tak suka kite is adat la dalam hidup. Kena berlapang dada bak kata Dr Akbal. Hidup ni tetap kena teruskan dengan cekal. Cewahhh. Haha.

Kite berubah ke arah baik atau tidak, itu diri sendiri kite yang tahu. Jangan terlalu ego utk meminta maaf kalau ada bertengkar. Tak rugi pon. Jangan duk fikir perkataan maaf yang keluar dari mulut kita boleh buat orang pijak kepala kite. Salah. Aku punya angin pon kadang-kadang tak tentu hala. Kadang-kadang siap tsunami tau. Haha.

Biasa. Kite tetap manusia yang sering alpa.

Just give and take. Ayat kalau nak tahu perangai orang tu tengok pada percakapan tu dah tak relevan bro pada zaman serba canggih cenggini. Orang diam-diam sopan pon kadang-kadang perangai dia cam haremm jugak. Heh. Kalau hati benar ikhlas berkawan, kite boleh nampak tahap kebaikan dalam diri seseorang tu waima mulut dia macam nak kena cili.

Paling utama, kawan lah elok-elok. Kite tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kau tak boleh nak tilik tiap satu perangai orang sampai kau temu jawapan kenapa dia cenggitu. Hanya dirinya yang tahu. Bawak-bawak bertenang. Benda boleh bincang.

Psst!!

I is geram sangat kalau ada jenis manusia yang suka tarik muka. Tak suka lepastu buat muka cam haremm. Pfft.

Till then. Babai.



No comments:

Post a Comment